Menjelang Aidilfitri

Assalamulaikum,

Aidilfitri tiba lagi. Tahun ini adalah tahun kedua Aidilfitri tanpa Mak. Di sebalik semua kemeriahan, ada kehilangan yang tak tergambarkan. Kekosongan yang aku rasakan. Adik-adik aku kata aku terlalu banyak berfikir. Tatkala takbir raya berkumandang pada Aidilfitri yang lalu, satu-satunya perkara yang terlintas difikiran adalah berakhir sudah bulan rahmat dan 'masa rehat' untuk Mak. Mungkin adik-adik betul, aku terlalu banyak berfikir. Rahmat Allah itu banyak. Aku hanya hamba yang hilang pertimbangan.

Ingatan dan rindu kepada Mak selalu hadir. Dan dalam kerinduan, apa yang mampu aku lakukan hanyalah mengenangnya dan memanjatkan doa untuk kesejahteraan Mak di sana.

Pagi Jumaat 24 Ramadhan 1431H, aku menjadi emosional menonton video di bawah. Harapannya, janganlah ada kawan-kawan yang melepaskan peluang untuk berbakti kepada ibu bapa mereka. Jangan tunggu untuk kehilangan baru nak dikenang.

Memetik sedikit skrip dari drama Syurgamu Ramadhan, dari watak Budi: "Mempunyai ibu bapa itu juga satu rahmat dari Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat tu."

Allah...
Semoga kami adik beradik adalah anak-anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kami, Ya Allah.

Bukan niat untuk menanamkan kesedihan menjelang Aidilfitri... Be happy and have a great Aidilfitri. I know we will. Tapi jangan dilupakan mereka yang mampu kita hadiahi dengan doa.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally