Kisah Nasi Daging

Assalamualaikum,

Tengah hari 1 Syawal 1431H.

Akhirnya buat keputusan untuk masak juga Nasi Daging. Sambil sebelah tangan pegang resepi, aku bertawakkal je ke hadrat Illahi sambil mencampak bahan-bahan ke dalam periuk. Hahaha. Tumisan rempahnya dah nampak perfect, tapi macam tahun yang lepas masalah timbul lepas masukkan beras. Untuk kali kedua kalinya nasi yang aku masak mentah. Sungguh fail sebagai menantu pilihan... *sigh*

Anyway, masalahnya memang aku sedia maklum -- beras yang aku gunakan. Dalam resepi terang-terangan guna beras Basmathi, tapi aku selambe je guna beras biasa. Sungguh menempah padah. Abah kata, takpe, next year kita guna beras Basmathi. Right. Macam lah aku akan masak lagi Nasi Daging lepas ni :p Sebenarnya guna beras biasa pun boleh jadi sedap. Cuma perlu dikukus selepas airnya kering. Never add more liquid. That's another lesson I learn.

Apa jadi dengan nasi yang aku masak?
Hmm... Bagi aku dari segi rasa agak berjaya. Sedap Ok... Tapi sebab aku dan Abah beriya-iya tambah air, beras jadi hancur lalu nasi jadi lembik. Tambah pulak dengan 2 biji kentang (untuk serap lebihan garam, sebab aku memang ada tendency untuk terlebih garam...) yang aku terlupa nak keluarkan, semakin berkanjilah nasi tersebut. Rasanya dah tentulah tak sama macam Nasi Daging arwah Mak. Rasa nak rebus je adik-adik aku yang protes kononnya kecewa sebab rasa masakan aku tak sama. Well tell me about frustration you morons :p

Aku rasa give up, agak malu sebenarnya dengan kehadiran tetamu (adik ipar Hakim) yang terpaksa merasa masakan-masakan aku sepanjang musim raya ni. Aku terfikir, berapa lama dan berapa kali agaknya Mak cuba resepi demi resepi sampai la masakan arwah melekat di hati anak-anak dan suami. Aku baru cuma masak Nasi Daging dua kali pun dah tak mahu cuba lagi. Satu motivasi tu...

Sambil basuh pinggan mangkuk, timbul satu kesedaran dalam diri. Housework ni tidak boleh nanti-nanti. Sesetengah gadis (termasuklah aku) kata bila dah nak kahwin baru belajar semua-semua tu. Lebih haru kalau yang dah lepas kahwin baru nak belajar selok-belok dapur. Ewah! Aku pun bukan la mahir sangat. Tapi alhamdulillah, disebabkan expectation keluarga dan keperluan untuk tahu selok-belok dapur, aku belajar lebih awal. Sekarang ni tak la kekok sangat. Boleh la. Sekurang-kurangnya bila aku kahwin nanti, insyaAllah, suami aku tak perlu jadi tester untuk masakan aku yang serba tak kena (^_^)v

Benarlah, untuk menambat hati perlu menambat perut.
Bila perut suka, hati pun lebih sayang.

Nota kaki: Masakan yang memang wajar dipelajari adalah masakan ibu-ibu sekelian. Masakan-masakan inilah yang telah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally