Tahniah Harimau Muda!

"Kalau engkau jatuh
Jangan engkau lemah
Kerana hidup mengajar kita
Jangan cepat mengalah
Bina yakin diri
Mampu kita lakukan
Tiada yang mustahil
Segalanya boleh
Kita bergandingan meraikan
Malaysia

Gemuruh suara
Jadi bangsa berjaya
Gemuruh perkasa
Bawah satu bendera
Nama kita bina
Diseluruh benua rasa bangga
Genggam amanat wira
Julang panji Malaysia"

Assalamualaikum,

[Memetik FB Sham Kamikaze] Alhamdulillah, Allah izinkan kemenangan skuad Harimau Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi... Tahniah kepada skuad Harimau Muda - kepada jurulatih, pegawai sokongan, para pemain - you guys rock!

Pingat Emas acara bola sepak ini sememangnya ibu segala pingat. Terasanya macam Malaysia menang keseluruhan Sukan SEA. Terasa terbayar semua penat lelah dan berbaloi semua layanan buruk sepanjang berada di temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia. Skuad Harimau Muda turun umpama ke medan perang - dengan jentera serangan, pertahan, strategi, pasukan kecergasan dan Barracuda! <-- "Barracuda" mestilah disebut dengan penuh bergaya dan seksi~ [Memetik FB Wardina Safiyya] Bola sepak malam tadi bukan hanya semata-mata sukan, ia juga menyatukan.

Sayu sungguh hati melihat Ong Kim Swee berlari comel ke arah pemain Malaysia saat Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti kemenangan Malaysia. Oh jurulatih yang seorang ini memang beremosi. Rasa macam nak berlari sekali dengan beliau. Tak mengapalah Ong, walaupun diberi kad, walaupun terpaksa lepak dengan Shabery Cheek di belakang, walaupun Ref alasengal, walaupun pelbagai siri sinetron kita lihat atas padang, walaupun dilayan secara tidak sepatutnya, walaupun diserang doping team yang agaknya nak buat test kat tepi padang tu jugak, tapi Malaysia telah menang. Diulangi, MALAYSIA MENANG! Lepas ni Ong boleh senyum sedikit yer :D

Seronok membaca status FB hari ni. Semuanya merakamkan detik-detik cemas 120 minit plus penentuan penalti. Bertambah seronok juga melihat ramai yang memakai jersi Malaysia. Bola sepak Malaysia ada masanya mengecewakan. Tapi hari ini adalah hari untuk berbangga dengan Tigers sekelian. Jadi aku pun berbaju kuning - tak sempat nak beli jersi Malaysia sama ada yang kuning, biru, mahupun Panthera Team Malaysia :p Jersi yang aku ada hanyalah jersi Arsenal, tu pun dari zaman belajar. Hehehe~

Bak kata Zainal Abidin Hassan, kalau kita tak boleh menang, jangan kalah. Fuh sungguh dalam maksud lagenda tersebut. Mungkin itu yang Tigers buat malam tadi - tidak kalah. Memang sakit hati bila Garuda memungut mata pertama perlawanan seawal minit ke-5. Rasa menurun juga semangat. Mujur la Tigers sekelian tak mengalah awal. Jadi gol Asra pada minit ke-33 memang keramat yang memberi harapan untuk Malaysia - kita belum kalah. So they fight. Ikutkan hati, tak kira la hati siapa pun, memang tak mahu sampai 120 minit perlawanan. Apatah lagi penentuan penalti. Akibat terlalu cemas, sepanjang penentuan penalti aku berdiri melekat di dinding rumah. Hahahahahaha. Rasa sikit kecewa bila Bonai berjaya, rasa macam tak percaya si Fakri begitu, rasa seronok bila Gunawan gagal, rasa hebat bila Fahmi berjaya selamatkan tendangan Ferdinand dan rasa wow wow wah bila tendangan Baddrol slomo je masuk ke gawang Garuda.

Tepi, tepi! Saya pun nak berlari-lari!
Bergegar rumah sewa dengan jeritan kemenangan. Rumah sebelah siap bakar bunga api yer. Sayu dan bangga bila lagu Negaraku berkumandang di Gelora Bung Karno. Negaraku, tanah tumpahnya darahku. Rakyat hidup bersatu dan maju. Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta.

Menang atau kalah, ada satu perkara yang aku nak sampaikan kepada FAM. Tolonglah buat sesuatu dengan stamina pemain kita. Bonai tu segar bugar cergas sampai ke akhirnya sedangkan pemain kita pancit. Rasanya aku tak layak nak komen pretasi Tigers malam tadi, they know better. Ref, sinetron dan apa sekalipun bukan alasan.

Well done Tigers!

Nota: Sangat sukalah dengan replay gol Asra dan Baddrol. Timeless! Guys are only allowed to run like kids, hug each other and cry in football ;)

Wassalam.

Comments

Zafira said…
Like the last sentence. "Guys are only allowed to run like kids and cry in football." Haha.. What a 'cute'.

If you don't mind, may I quote the sentence and put it on my FB wall? (With credit goes to you.)

:)
'Aini said…
Sure darling... Please... Sebab tu kita suka bola sepak. Hehehehe ^____^

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally