Azam
Assalamualaikum,
Zulhijjah semakin beranjak ke penghujungnya dan Muharram 1433H semakin menghampiri. Sudah tercapaikah azam 1432H dan sudahkah difikir-fikirkan azam tahun baru 1433H?
"Hablumminallah Wa Hablumminannas"
Hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia. Aku selalu percaya kepada konsep ini. Kalau seorang manusia itu menjaga hubungannya dengan Allah dengan baik, InshaAllah, hubungannya dengan manusia pun akan baik juga. Sebaliknya, jika hubungan dengan Allah pun ala kadar, apa cerita pula dengan sesama manusia... Konsepnya sama dengan hubungan ibu dan anak seperti yang disebut dalam entri sebelum ini. Malah ini lebih penting, ini hubungan dengan Allah. Maha Pencipta. Al-Khaliq. Maha Bijaksana. Pemilik Cinta dan Kasih Sayang. Yang Abadi.
Jadi apa kata bersempena dengan tahun baru 1433H yang bakal tiba (dan juga Januari 2012), kita tekadkan salah satu daripada azam kita adalah untuk memperbaiki kualiti hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Walaupun ringkas bunyi perkataannya, tapi dengan penghayatan, besar maknanya. Kemudian, berazamlah dengan azam-azam baik yang lain. Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam.
Selamat Tahun Baru, Wassalam~
Nota: Terasa sedikit asing menulis mengenai azam dan tahun baru ketika diambang November. Perasaannya pun sedikit berbeza. Selama ni kehadiran Muharram disedari kerana cuti, bukan kerana semangatnya. Padahal secara fitrahnya Muharramlah yang patut dinanti dan dirai. Jadi pada penghujung 1432H ini, aku berazam untuk mula menyambut Muharram dengan semangat yang sepatutnya ^____^

Comments