Merawat Hati Yang Kehilangan

Assalamualaikum,

Salam Jumaat.
Berikut diambil daripada penulisan Ustaz Pahrol yang bertajuk “Andai Dia Pergi Dulu Sebelummu.”

"Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah."

"Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati."

Go to: http://genta-rasa.com/2011/07/23/andai-dia-pergi-dulu-sebelum-mu/#more-1464

Semoga kita sama-sama belajar menerima kehilangan dengan hati yang redha.

Wassalam.


Comments

"Beribadah sehingga kau letih untuk merasa sedih"
.
.
.
Ayat tu sedih. Tapi betul. Kalau sibukkan diri dengan kerja, kan boleh jd ibadat jg kn?
Asalkan fikiran tu xsempat kosong untuk memori semua masuk dan kacau jiwa.
'Aini said…
Ayat tu mmg sedih.. tp mmg itu yg kita selalu buat: sibukkan diri. Instead of working, Ustaz cuma cdgkan beribadah juga sebagai satu method.
"Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan."

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally