Dari Waheeda
Assalamulaikum,
Tersentuh hati membaca kisah Waheeda di bawah. Alhamdulillah, Allah beri jalan keluar untuk Waheeda dan pendidikan untuk kita semua. Hal agama bukan hal yang boleh kita ambil remeh. Kita mesti sentiasa bersedia memperjuangkan dan mempertahankan agama. Jangan beri peluang untuk dihinjak-hinjak. Jangan takut dan gentar.
Bila berada dalam sesuatu keadaan membuatkan hati kita tidak tenang, itu maknanya kita berada dalam keadaan yang tidak mendapat keredhaan Allah. Kalau kita memang tahu kita berada dalam keadaan yang serba tidak kena, dan kita mahu untuk meninggalkan keadaan tersebut, berdoalah dan mintalah kepada Allah peluang, kemudahan serta kekuatan untuk berhijrah. Bila sampai peluangnya, ambil. Jangan bertangguh lagi. Kerana bila Allah dah lorongkan kita ke arah kebaikan, ertinya Allah buka jalan untuk kita menghampiriNya setapak lagi... Terimalah dengan syukur.
Semoga Allah berikan hidayah dan bukakan jalan seluas-luasnya untuk berubah ke arah kebaikan dan mengEsakanNya... Amiin. Didoakan semoga lebih ramai lagi yang mendapat hidayah daripada Ya Khaliq dan dipermudahkan untuk kekal dalam istiqamah. Amiin. Dan semoga Allah pelihara kita daripada riak dan tinggi diri. Amiin.
*** Semoga Allah beri keinsafan dan hidayah kepada hamba Allah yang Waheeda sebutkan sengaja membatalkan wuduknya tu. ***
http://beautifulnara.com/sukar-wuduk-solat-dalam-dunia-hiburan-waheeda/
http://beautifulnara.com/tidak-mahu-bersolat-bergembira-pada-waktu-yang-sama-waheeda/
Wassalam.
Comments