Dugaan
Assalamualaikum,
Mengajak ke arah kebaikan itu banyak dugaannya... Kumpulan usrah yang semakin kecil, aktiviti ceramah tak mendapat sambutan dan program-program yang diatur tidak mendapat penajaan. Semuanya menuntut keazaman dan kesungguhan yang jitu. Menuntut kesabaran yang luar biasa. Bukan calang-calang jiwa yang boleh melibatkan diri dalam dunia dakwah. Tapi, itu bukan alasan untuk tidak berdakwah... Berdakwah itu tanggungjawab setiap umat Islam.
Aku selalu kagum dengan pendakwah dan pejuang Islam yang tak pernah berputus asa walaupun dihujani pelbagai cabaran. Bagi seorang da'i, cabaran itu adalah kemanisan dalam berdakwah. Aku telah dipertemukan dengan hamba Allah yang mewakafkan dirinya ke jalan Allah dan tidak berputus asa terhadap aku. Justeru kini aku mahu menjadi salah seorang hamba Allah yang mewakafkan diriku ke jalanNya dan tidak berputus asa dalam mengajak ke jalan kebaikan...
People did not give up on me. For Allah, InshaAllah, I will not give up on others.
Ya 'Azim,
Bukakanlah pintu hati kami untuk mencari ilmu menujuMu.
Permudahkanlah kami untuk menerima ilmuMu Ya Rashid.
Kami mohon ketabahan dalam melaksanakan tugasan dakwah ini Ya Fattah.
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa menyampaikan kebaikan dalam setiap apa yang kami lakukan...
Dan selamatkanlah kami daripada menjadi imam dan da'i yang dibenci sehingga menyukarkan kami menyampaikan agamaMU Ya Muhaymin...
Dan seandainya kebencian itu daripada akhlak kami yang salah, kami mohon petunjuk dan keampunan daripadaMu Ya Tawwab...
Amiin~
Wassalam.

Comments