Yang Bernama Insan
Assalamualaikum,
Sejahat-jahat manusia sekalipun, jangan sampai syirik kepada Allah, jangan menggadai akidah dan iman serta jangan menjual agama. Ketika Islam mendapat tentangan daripada kaum Musyrikin, ramai yang sanggup Syahid daripada mengalah dan kembali menyembah berhala. Mereka ini Syahid mempertahankan akidah dan iman walaupun diseksa dengan kejam!
Jadi istighfar adalah jawapan yang terbaik bila akidah dan iman diletakkan setara dengan tapak kaki oleh segelintir umat Islam, untuk sesuatu yang sudah jelas ada jalan lain... Walaupun perit kita nak terima, mereka ini bukan untuk dicemuh, bukan untuk dikecam. Sepatutnya kita simpati, empati dan doakan mereka. Ingat, kita ni pun bila-bila masa je boleh diuji... Semoga Allah jauhkan hati kita dari riak dengan ilmu Allah..
Kita ni pun perlu mohon keampunan kepada Allah kerana mereka ni tanggungjawab kita yang tahu. Berdakwah tu tanggungjawab setiap yang bernama Islam, perlu berpesan-pesan, perlu meyampaikan walaupun satu ayat. Sebab kita tak beri didikan, sebab kita tidak prihatin, sebab kita suka menghukum, sebab kita tak bersabar dan tidak beri peluang - wujud kebarangkalian perkara macam ni terjadi.
Cuba fikir, apa yang akan Rasulullah lakukan dalam berdepan dengan kes macam ni?
*** Teringatkan Asiyah, Masyitah, Keluarga Yasir dan Bilal bin Rabah***
Wassalam.
Comments