150 Juta

Assalamualaikum,

Hari ini saya jatuh chenta...
Jatuh chenta dengan lagu 150 Juta nyanyian Fynn Jamal. The lyric is cute and honest and very innocent. Rasanya semua yang berchenta tentu faham perasaan macam ni. Memang, 150 juta kali ditanya pun jawapan kita tetap sama. Selalu sahaja ada rasional dan toleransinya. [Agak rindu keadaan yang begitu, har har har :p]

The memories weren't that bad. At least I know I am honest when I gave those answer. Itu memang apa yang mata nampak dan hati lihat.

Selamat mendengar dan selamat mengenang masa-masa tersebut! (^_^)
Wassalam.

150 Juta
Fynn Jamal

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..



Comments

Azra said…
Like the song :)
'Aini said…
Cute song, rite~ Hehehe
Shah Mosh said…
tu lar lagu ni best lar lirik dia slumber hehe ;)

Popular posts from this blog

Ugly Jealousy

Knock, knock, knock!

Klik! Klik! Children