Hal Dunia
Assalamualaikum,
Siapa yang tak sedih kalau pelbagai perkara terjadi dalam kehidupan. Tambahan pula bila melibatkan rasa tertipu. Kata ego, pantang datuk nenek. Marah, kecewa, menyesal, geram. Dah macam rojak yang ada segalanya. Kalau ikutkan hati, mahu aku menangis sepanjang hari. Kalau ikutkan marah, mahu aku menghancurkan hidup orang tersebut. Kalau ikutkan kecewa, mahu aku putus asa dengan kehidupan.
Tapi menangislah macam mana pun, perkara dah berlaku. Walau apa pun yang aku buat untuk menghukum, tak mengubah apa-apa. Lebih teruk kalau aku sampai putus asa sedangkan hidup ini masih panjang. Hari ni menangis, esok tetap menangis. Hari ni aku balas dendam, esok api masih tak padam. Semua ni bisik-bisik syaitan...
Ini hal dunia. Hal dunia yang memang jelas sementara. Memang la rasa sakit, pedih dan perit. Aku tak nafikan... Tapi, ini hal dunia...
Dalam tangis dan sedu sedan sampai bengkak mata, aku terfikir... Aku membaca mengenai Fatimah Az-Zahra, 'Aishah, Khadijah, Asiyah, Sumaiyyah, Rabiatul Adawiyah, Maryam, Atiqah... Wanita-wanita terpuji dalam Islam tersebut, tak ada yang menangis kerana hal dunia. Jauh sekali menangis kerana lelaki. Padahal hidup wanita-wanita ini jauh lebih mencabar jika dibandingkan dengan hidup aku. Mereka menangis, tapi bukan kerana hal dunia.
Aku jadi malu. Banyak membaca, tapi keperibadian mereka langsung aku tak ambil sebagai iktibar. Allahhu Akbar... Astaghfirullah... Subhanallah...
Tak mengapa. Ini hal dunia. Semoga Allah mengasihani aku dan tetapkan hati aku supaya tidak mencintai dunia.. Semoga Allah jadikan hati aku hati yang redha dengan Qada' dan QadarNya. Aku pun hanya hamba. Tak ada satu pun di atas dunia ni milik aku.
Sungguh bukan hak aku untuk menghukum atau menyusahkan hidup sesiapa. Hukuman Allah lebih berat dan dasyat. Berbahagialah, doaku. Aku juga tak layak untuk tidak memaafkan... sedang Allah itu Maha Pengampun. Aku maafkan semua. Bertaubatlah dan hiduplah dengan baik.
[ Ya, dunia ni memang ada saja yang kita nak sedihkan. Tapi daripada sedih untuk perkara tak berfaedah, baik sedih untuk perkara yang memang perlu kita sedih. Contohnya, bila kita baca pasal saat akhir Rasulullah dan sedar akan keadaan Ummah sekarang ni. Ataupun bila kita tau hakikat Muslimah di tempat lain yang hampir mati untuk bertudung.
Betul tak? ]
Semoga Allah selamatkan aku daripada perasaan riak.

Wassalam.
Comments