Buah Tangan Simposium Baitul Muslim 1.0 -- Part 1

Lagu tema: Keluarga Bahagia
Bismillah...
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberikan rezeki untuk menghadiri Simposium Baitul Muslim 1.0 anjuran Majlis Ilmu Pulau Pinang pada hari Ahad 1 Februari 2015. Hampir-hampir tidak hadir – banyak betul dilema dan drama – masalah kesihatan lah, tentatif lah… sebenarnya malas (isk isk isk). Perkara baik memang berliku-liku jalannya (ayat sedapkan hati). Bagus jugak ada good friend yang berulang kali bertanya sama  ada akan hadir atau tidak. Thanks, you know who you are ^______^

Banyak betul ilmu yang didapati. Sayang kesihatan tak mengizinkan tunggu untuk slot akhir – Forum “Baiti Jannati”. Masa tunggu waktu Isyak di rumah, sempat tuliskan sedikit sahaja buah tangan dari SBM1.0. Rasa perlu kongsi sesuatu sebelum tidur. Jadi, inilah dia. InshaAllah entri lain akan menyusul

Buah tangan dari Simposium Baitul Muslim hari ni:
1) Nak pasangan yg baik, #1 kita mesti jadi baik dahulu.
2) Jadikan istikharah kebiasaan -- umpama perbincangan dgn Allah.
3) Banyakkan istighfar dan bertaubat sebelum kahwin -- jgn carry forward dosa masa bujang ke alam rumahtangga.
4) Mesti dahulukan AGAMA dalam memilih calon -- comei boleh buat! tongue emoticon
5) Mesti cinta Allah dan Rasul dahulu sebelum memburu cinta pasangan. Cintakan Allah, tahu manual hidup. Cintakan Rasul, tahu praktikal hidup. Cintakan pasangan, tahu manisnya hidup.
6) Happiness happen NOW -- dgn mensyukuri nikmat dari Allah yg tak terkira banyaknya.
7) Ikut sunnah dalam segala aspek kehidupan.
8) Proses membina Baitul Muslim bermula sejak sebelum jatuh cinta.
9) Mesti menuntut ilmu (agama) secukupnya sebelum kahwin.
10) Duit oh Duit -- Elakkan pembaziran ketika majlis perkahwinan. Ikut sunnah. Jgn membiayai perasaan seronok. NO NO to personal loan. Dahulukan rumah.

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally