Pejuang Pena

Assalamualaikum,

Hari ini Hilal Asyraf menukilkan bacaan yang menyentuh hati saya. Karya beliau yang terakhir kali sebagai seorang bujang - esok beliau akan bernikah. Yang menyentuh hati bukan kisah cinta beliau. Tetapi kisah bagaimana LangitIlahi dilahirkan untuk perkenalan para pembaca sekelian. Juga bagaimana kelahiran LangitIlahi itu sendiri 'melahirkan' seorang Hilal Asyraf.

"Semua itu membentuk kehidupan saya.
Kehidupan yang sukar menjadi lebih ringan.
Kehidupan yang sepi menjadi lebih terisi.
Dan Allah SWT izin, kehidupan saya sendiri mula berubah."

"Allah SWT memberikan saya potensi, maka saya bercita-cita untuk tidak membazirkannya."

[ Boleh baca Umum: Catatan Terakhir Sebagai Bujang Di LangitIlahi.Com dengan lebih lanjut ]

[Baca juga Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai respons kepada persoalan berkenaan Hukum Hudud oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya dijawab menerusi Jawapan Kepada Hilal.

- Membacanya mengingatkan saya kepada pesanan Yusuf Estes:
Before we begin to provide answers, here are some important points to keep in mind:
1. As Muslims we cannot lie about anything, especially about our religion
2. We have original recorded sources of our religion: The Quran and Teachings of Muhammad. This is a very unique part of Islam, not available in any other ancient religions.
3. Sometimes "questions" contain misinformation. We must qualify what it is that someone is saying against what they are implying.
4. If you find the answer to your question makes you say, "I didn't know that" or "This is good" are you ready to worship your God and your Lord without and partners? This what Islam is really all about. The most important subject is the worship of Almighty God, without any partners or associates or "gods" besides Almighty God]


Dalam hati saya sungguh-sungguh berdoa semoga Allah izinkan lebih ramai lagi penulis Muslim dengan citarasa dan arah tuju seperti Hilal Asyraf dan beberapa lagi penulis dakwah selebriti atau bukan selebriti.

Mungkin ada yang berpendapat "cukup-cukuplah penulis dakwah". Tidak. Tidak ada limit kecukupan dalam usaha dakwah.

Penulis seperti merekalah yang wajar diangkat.
Penulis seperti merekalah yang wajar untuk dibanggakan.
Penulis seperti merekalah yang menaikkan martabat pejuang pena.

Semoga suatu hari nanti saya juga mampu untuk lebih menyumbang ke jalan dakwah melalui penulisan...
Amiin Ya Khaliq.

Ya Allah, tetapkan kami dijalan menujuMU.
Amiin Ya Latif.

P.S: Alang-alang ramai follower, alang-alang ada yang mendengar, sampaikanlah CintaNYA dan legasi cinta Muhammad.

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma, Wa jamaah baina kuma fee khair untuk Hilal Asyraf dan isteri.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally