Kembali dan Kesedihan
Assalamualaikum,
Kematian bawa melihat Allah yang Maha Hidup.
Kehilangan bawa melihat Allah Yang Maha Ada.
Kesedihan ini buat penghapus cinta kepada dunia...
Kudrat dan upaya kita sekadar kudrat segumpal tanah.
Memang tidak terdaya dan tidak tercarikan kekuatan itu.
Allahlah Yang Maha Membantu. Dialah Yang Maha Memberi.
Allah akan beri kekuatan itu kepada kita.
Kita tidak pernah bersendirian dalam berhadapan dengan musibah.
Kita ada Allah Yang Maha Penyayang.
* Another friend lost her father this evening. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita semua kembali. Losing a parent, losing someone, is hard. Kekuatan daripada Allah sahaja yang mampu membantu kita mengharunginya. Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapa kita sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Amiin Ya Latif. *
Wassalam.
Comments