Ramadhan, Bertemu Kembali
Assalamualaikum,
"Marhaban Ya Ramadhan", begitu hati mahu memulakan bicara. Tapi tiba-tiba hati terdetik, yakinkah bertemu dengan Ramadhan kali ini? Kemungkinannya esok atau lusa, tapi ajal pasti tiba tanpa dapat kita duga...
Ya Allah,
Dalam syukurku untuk usia yang Kau sisakan di penghujung Syaaban ini, kumohon kesempatan untuk bertemu dengan RamadhanMu.
Semoga terlerai kerinduan ini.
Ya Allah,
Dalam syukurku untuk usia yang Kau sisakan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan kali ini, kumohon kesihatan yang baik dan kemudahan untuk beribadah sebaik-baiknya...
Semoga dapat kurebut rahmatMu, keampunanMu dan pembebasan daripada nerakaMu.
Amiin, Ya Allah.
Alhamdulillah.
Selamat kembali wahai Ramadhan bulan kemuliaan.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Wassalam.
Comments