5 Syawal
Assalamualaikum,
03:24 24 September 2009.
5 Syawal 1430H.
Tajuk berita di Utusan Malaysia Online tidak kelihatan menarik untuk aku meneruskan pembacaan. Sembang di Facebook dah diam... Mungkin si dia di hujung talian sedang dibuai mimpi indah. Facebook juga telah sunyi.
Berseorangan di ruang dapur di Taiping. Semua sedang nyenyak tidur. Yang kedengaran hanyalah bunyi papan kekunci, kipas, dengung lampu kalimantang dan dengkuran dari kumpulan orang yang sedang bermimpi. Dalam kekecohan Syawal, ketika hening pagi begini sahaja aku mempunyai kesempatan untuk melayari internet. Kesibukan sebagai tuan rumah adalah salah satu faktor, tetapi kehadiran kanak-kanak riang yang obses dengan gajet dan permainan video (aplikasi mahupun dalam talian) - itulah cabaran utama.
Alhamdulillah, 1 Syawal berlalu dengan lancar.
Oleh kerana keluarga arwah Mak nak bertandang ke rumah, Abah telah membawa kami berhari raya ke rumah saudara maranya dalam masa sehari tersebut (bukanlah semua, sekadar saudara yang telah lama tiada berita). Keesokan harinya, kami beramai-ramai jatuh sakit. Aku dengan sakit-sakit badan aibat makan pulut, adik-adik dengan CB. Jadi, raya kedua kami habiskan dengan tidur. Hahaha. Kelakar juga bila difikirkan.
03:42
Banyak yang nak dikongsikan. Tapi mata dan berat dan masa dah menghambat. Ada aktiviti di pagi hari yang perlu diberikan perhatian. Walaupun memang normal untuk aku terlepas “gotong-royong” menyiapkan sarapan pagi. Hehehe. I am trying my very best to improve my self on that side.
Sedikit tentang sesuatu yang menarik.
Syawal kali ini amat istimewa dalam pelbagai cara.
Aku rasa lebih dewasa dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal rumahtangga. Rumahtangga yang bagaimana? Lain kali aku kupas dengan lebih terperinci. Secara ringkasnya, urusan rumahtangga yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya.
Aku memang tak pernah terbayang yang aku mempunyai kemampuan untuk melakukan apa yang telah aku berjaya lakukan. In a way, I feel like I am complete and able. Perfect would sound exaggerating. But that’s how it felt when I finally realized what I have managed to do. And, I was hoping that my family would feel the same way too - that ‘Aini is changing.
03:50 – I can’t think anymore…
Wassalam.

Comments