Ujian Buat Aqidah


Assalamualaikum,

Berpinar mata dua tiga hari ni. Allah sahaja yang tahu segala apa yang ada dalam hati ni. Bohonglah kalau dikatakan tidak terkesan. Kita manusia; hanya manusia.
Tapi kita nombor satu: hanya HAMBA. Hamba ALLAH.
Nah wake up call, seperti yang dikongsikan oleh seorang saudara.
Aku sangat setuju. Berhati-hati dan beringat-ingat dalam berkata-kata. In Islam, there's always a better way to do something.
Mengingatkan sendiri, dan semua yang dikasihi.
Semoga bermanfaat.

GST, Ujian Buat Aqidah

Berhati-hati dalam berkata...
Bagi saya, GST ini adalah ujian keimanan buat kita semua. Kerajaan tu hanya "asbab" untuk Allah berikan ujian. Jangan kita terlampau melampau dalam mempersoalkan hal rezeki seolah-olah kita menyatakan Allah itu miskin dan tidak mampu rezekikan kita seperti biasa selepas perlaksanaan GST.

Iman kena jaga betul-betul. Jika perlu kita kritik, kritiklah dengan ilmiah untuk penambahbaikan kepada semua. Jangan dikaitkan soal rezeki, kemiskinan, kekayaan sebab semua itu dalam jagaan Allah. Jangan kita jadi manusia yang tidak bersyukur hanya kerana kebencian kita terhadap golongan tertentu.

Kata seorang Imam, sekiranya langit dan bumi bertukar menjadi besi, lalu terdetik dalam hatiku "mana nak dapat rezeki kalau macam ni?" maka sesungguhnya daku telah melakukan syirik yang sangat besar (kerana mempertikaikan Allah sebagai "Ar-Razzaq"-pemberi rezeki).

Ramai yang mengeluh tentang harga barang dan lain-lain sampai ucapan mereka boleh merosakkan akidah. Sedangkan esok lusa kita akan mati. Jadi bayar cukai, bayar barang mahal ni tak lama. Sampai kita mati je. So, kalau kita mati esok, ya sampai esok jelah kita bayar GST.
Tapi dosa yang bertimbun, siapa nak tolong taubatkan?

Ustaz Ibnu Batoota
Penulis di Majalah ANIS, terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally