Home
Assalamualaikum, Telur hancur, kentang lecek dan air koko. Bersarapan seorang diri hari ni. Hakim, Isma dan anak-anak pergi Pulau Pinang awal pagi ini. I'm going back to Penang as well after almost a week. Entah jam berapa tidak pasti. Susah sedikit mahu "keluar" dari rumah ni kalau dah masuk. Rahmat dan hikmah dalam ujian kesihatan kali ni - dapat meluangkan masa di Taiping selama 6 hari. Memang patut pun memandangkan aku dah gunapakai cuti minggu lepas untuk aktiviti di Penang. Pagi yang sunyi tanpa anak-anak. After Mak passed away, even after Abah remarried, it is the kids that make this house a home. Rumah jadi berseri-seri dengan kehadiran Isma dan anak-anak. Aku pernah beritahu Isma, it would be hard to come home if they weren't here. Everything feels right with them in the equation. Walaupun aku tak tinggal di rumah ni, ketiadaan mereka sangat-sangat dirasai. Sebab tu setiap kali cuti sekolah dan Hari Raya, aku agak cuak kalau-kalau mereka mahu ...