Never, Valentine's Day

"Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta." [Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine]

Assalamualaikum,

Saya meraikan cinta 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan setiap hari dalam setahun. Bukan hanya sehari di bulan Februari.

Cinta itu adalah
Cinta tanpa syarat
Cinta tanpa sempadan
Cinta yang tidak dibatasi jarak dan waktu
Cinta yang sempurna
Cinta yang setia
Cinta yang tulus
Cinta yang ikhlas
Cinta yang tidak pernah tidak ada
Cinta yang Satu
Cinta yang Agung

Dan cinta saya sama sekali tidak perlu sebarang elemen cinta duniawi yang lagho - hadiah, pemujaan, pengorbanan, janji manis sehingga ke langit bulan bintang.
Saya sama sekali tidak perlu kepada cinta yang begini.

Cinta saya cukup sekadar kerendahan hati penuh kesyukuran dan bersifat kehambaan.

Jom cari Cinta tersebut dalam setiap nafas, sehingga ajal menjemput...
Dan andainya Cinta itu telah ditemui, semoga Cinta itu kekal di dalam hati...

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah setelah menciptakan makhluk, Allah menuliskan suatu tulisan di sampingNya di Arasy iaitu: Kasih SayangKu mengatasi kemurkaanKu." -Shahih Imam Bukhari

Firman Allah Ta'ala ( maksud ): "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu. -Sahih Muslim

Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi SAW telah bersabda:
"Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna iman) sehingga Allah dan RasulNYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan RasulNYA)…"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu’aib Al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]

"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahman: 13)

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally