Legasi Cinta Muhammad
"Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah"
-Dia Kekasih Allah, Hijjaz
Assalamualaikum,
12 Rabi'ul Awal 570M.
1442 tahun yang lalu telah lahir seorang bayi lelaki, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib. Kelahiran yang gilang-gemilang. Kelahiran Muhammad Ya Rasulullah, Nabi akhir zaman, rahmat kepada sekelian alam. [Surah al-Anbiya ayat 107] Namun pada tarikh yang sama, 63 tahun seterusnya, seluruh alam berdukacita atas kembalinya Baginda kepada Maha Pencipta.
“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
~ Syair Saidatina Aishah r.a selepas kewafatan Rasulullah.
Benarlah, tak kenal maka tak cinta.
Tiada hati yang tidak akan tersentuh dan menangis andai Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib dikenali dengan sebaiknya. Subhanallah, Allahhuakbar. Tidak berkata-kata sebarang pujian melainkan pujian kepada Ya Khaliq bagi hati-hati yang benar-benar menghayati sirah hidup Baginda. Indahnya akhlak Baginda tidak terbanding. Membayangkan wajah Baginda sahaja sudah cukup untuk membangkitkan kerinduan... Kerinduan yang banyak terhadap seseorang yang tidak pernah ditemui...
Tapi semuanya hanya mungkin jika kenal, maka tentu akan cinta...
Jika tidak kenal, maka tidak cinta, maka tidak akan tahu bahawa sebelum kita umat Muhammad merindui Baginda, Rasulullah telah terlebih dahulu merindui kita... Baginda telah terlebih dahulu kasih kepada kita...
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah ayat 128)
Menangis mendengar kisah Al-Habib Ali Al-Jufri mengenai kerinduan sebatang pohon kurma kepada Rasulullah. [Tonton di sini] Subhanallah. Betapa rindunya pohon kurma tersebut kepada Rasulullah walaupun Rasulullah hanya di dalam jarak 8 langkah, sehingga menangis umpama anak kecil yang terpisah daripada ibunya. Begitu sekali kasih dan cintanya pohon kurma tersebut kepada Baginda Rasulullah.
Dari Abdullah ibn Umar r.a. menyebut: “Suatu ketika dulu Nabi SAW berkhutbah di atas sebatang pohon kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang pohon kurma itu pun menangis (dalam satu riwayat lain, kami mendengar seperti suara unta menangis). Maka Nabi SAW mendatanginya sambil meletakkan tangannya pada batang pohon kurma itu (untuk menenangkannya)”. [Bukhari (3390) (876), Tirmidhi (505)]
Sebatang pohon kurma vs kita, umat akhir zaman.
Bagaimana dengan kita, umat Baginda? Teringatkah kita kepada Baginda?
Kasih dan cintakah kita kepada Baginda? Rindukah kita kepada Baginda?
Adakah kita meneruskan legasi cinta Baginda? Adakah kita memperjuangkan legasi cinta Baginda?
Apa cerita kita, umat Baginda? Yang dikasihi dan dicintai Baginda sehingga hujung usia... "Ummati, ummati, ummati..." Yang Baginda risaukan, yang Baginda nantikan, yang Baginda janjikan syafaat, yang ditangisi Baginda sehingga hari pembalasan...
Cintai dan rinduilah Baginda Rasulullah. Berselawatlah ke atas Baginda dan ahli keluarga Baginda. Ingatilah Baginda sentiasa, bukan hanya ketika sambutan Maulidur Rasul... Hayatilah sejarah hidup Baginda. Cubalah ikuti sunnah Baginda. Selalu tanya diri: "Kalau Rasulullah ada di sini ketika ini, apa tindakan Baginda, apa nasihat Baginda, adakah Baginda akan berbangga atau bersedih dengan tindakan aku..."
Ya Rasulullah, kami merinduimu...
Semoga Rasulullah tersenyum kepada kita di akhirat nanti. InshaAllah, Amiin Ya Rabb...
Dan yang paling penting, didiklah anak-anak dengan didikan agama yang sempurna.
Wassalam.

Comments