Muslimah

Muslimah
oleh Nazrey Johani

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Assalamualaikum,

Berbanding feminisme, saya lebih menuntut wanita dihormati dan dihargai sebagai wanita. Bukan sekadar individu. Saya tidak perlu 'hak yang sama' yang dicanang kumpulan tersebut. Saya juga tidak perlu meletakkan lelaki di bawah tapak kaki saya. Semua itu karut!

Kerana Islam telah memuliakan dan mengangkat martabat wanita ke taraf yang sebaik-baiknya. Malah jika ini difahami dengan baik, tidak wujud isu penindasan yang membaur kebangkitan apatah lagi perjuangan yang sia-sia. Belajarlah daripada Rasulullah.

Malangnya, wanita sendiri pada hari ini telah menjatuhkan martabat mereka ke tahap yang rendah. Lupa kepada martabat yang Allah letakkan mereka. Kerana mereka percaya mereka berhak memilih dan membuat keputusan, kerana mereka mahu meningkatkan siknifikan wanita ke tahap yang lebih tinggi. Lucu di situ.

Dan lelaki yang dinamakan khalifah. Pembimbing dan pelindung wanita. Sama-sama mengaut 'keuntungan'. Sekadar melihat malah ada yang menyuruh. Tidak meletakkan nilai ibu mereka, saudara perempuan mereka, anak perempuan mereka dan isteri mereka ke dalam diri wanita lain di sekeliling mereka. Berasa bangga dan jantan dalam dayus.

Saya tidak kata saya muslimah terbaik. Tetapi saya mencuba untuk jadi muslimah yang lebih baik setiap hari.
Semoga Allah pelihara perhiasan dunia ini sebagai perhiasan yang baik.
Dan semoga Allah tetapkan hati dijalanNya dan kembalikan hati yang terpesong ke jalan yang lurus...
Amiin Ya Rabb.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally