Malaysia dan KPop

Assalamualaikum,

Topik di atas adalah dirujuk.
Sejak akhir-akhir ni semakin macam-macam ceritanya. Bermula dengan 24:7 [yang sekarang dah tukar nama jadi Max247], kemudian Gula Gula, tiba-tiba ada pulak Hey Miss Chenta (HMC) dan entah macam mana KRU's V.I.P pun dah termasuk dalam skop Malaysia's KPop. Nama-nama di atas adalah yang paling sering disebut. Yang lain-lain tak perasan pulak.

Sigh. Sigh. Sigh!

Sungguh tak faham la.
Apsal nak sangat bawak genre ala KPop ni... Artis KPop yang Korea produce tu pun dah cukup banyak sampai tak ingat nama. Takkan artis Malaysia pun nak tambahkan ketepuan KPop dalam minda rakyat Malaysia kot...? Fine, we all memang faham yang konsep segala nih ada kaitan dengan kehangatan serta market KPop yang tinggi. Tapi kan, market gilang gemilang tersebut adalah specific kepada Original KPop.

Look, darlings.
Please, please try to understand this. We listen to KPop because it is different. Music wise, maybe we can try to import something new from them. Tapi tak payah kot nak jadi 100% macam KPop, especially style... Even 85.3% pun jangan lah... KPop fans tak hingin nak tengok another SUJU, Z:EA, SNSD, T-Ara, Big Bang, CNBlue, FTIsland dan sebagainya... We had enough.

Memang la "Malaysia Boleh", tapi...
Kalau artis KPop nak pakai mini skirt dan short pant yang pendek tak hingat sambil menari-nari pun, tak pelik kot kan...
Kalau artis KPop lain nak buat gaya rambut pelik-pelik, dengan kaler mengalahkan pelangi, eye liner sekalipun, tambah lak dengan subang, agak-agak ada ke 'majlis' yang nak kisah...?
Kalau artis KPop buat itu ini, bergambar macam tu macam ni, ada sapa-sapa pernah fikir berapa ringgit kompeni diaorang dah spend untuk latih dan prepare diaorang sebelum diaorang boleh buat macam tu. Kita..? Hasil kita tu boleh ke nak banding.

Bukan la nak kata negara diaorang kurang dari segi apa-apa, tapi dah budaya mereka macam tu. Kita ni, boleh tak sedar skit, ingat Allah banyak-banyak dan renung-renungkan...

Dan lebih-lebih lagi la bukan, nak condem artis Malaysia. Jangan nak mengada emo dan kecik ati pulak. Kitaorang sebagai peminat hiburan, takde masa nak buat keje-keje macam tu. You all sebagai orang hiburan, sepatutnya you all lebih lagi ada sense dalam hal macam ni.

Artis Malaysia dengan budaya dan gaya Malaysia dah memang bagus. Tak perlu nak kalut-kalut dengan style orang, baik improve diri sendiri. Cuba tengok artis yang versatile dan berjaya macam Search, Wings, Dato' Siti, Sharifah Aini, M. Nasir, Raihan, Sheila Majid, KRU, Anuar Zain, dan ramai lagi lah... Diaorang berjaya dengan menjadi diri diaorang. Fine, maybe bukan la original sangat, tapi at least diaorang filter dan ambil yang baik dan sesuai je. Bukan main angkut dan kaut je.

So that's it. Stop all the M/KPop crap please.

Comments

Popular posts from this blog

Goodbye Ben Jern

Celebrate the Love: Bones and Booth

Getting Out of the Slump