Cerita Tayar

Assalamualaikum,

Lagi cerita Angel dan tayar beliau...
Pagi Jumaat yang ceria, sebelum jam 7 pagi dah bertolak dari rumah. Hajat hati nak singgah Caltex untuk isi angin tayar. Fara Fauzana baru je nak putarkan panggilan hangit tatkala aku dan Angel tiba di Caltex. Ada 2 bikers tengah isi angin motorsikal masing-masing. Then tiba la turn Angel.

Ini first time nak isi angin di Caltex. Biasanya isi di Shell, tapi hari Rabu dah kantoi pam rosak. Jadi untuk tidak ambil risiko, gamble je la ke Caltex ni. Lagipun dah survey, pamnya pun digital. Teet teet teet. Tayar depan sebelah kiri (yang tercabut rim cap tu) settle. Beralih kepada tayar depan sebelah kanan............ Lama, tapi tak gak cecah 200 KPa. Bila check, ALAMAK TAYAR DAH KEMPIS!!!!

Jadilah aku manusia panik di pagi hari. Tambah panik bila 2 kereta sedang berbaris di belakang Angel bersama satu motorsikal. Fuh.. fuh.. bernafas... Try lagi, adjust itu ini. Tayar dah terus flat! Fuh... fuh... bernafas.... Cemane ni! Huhuhuh T____T
Oh tidakkkkkkkkkkk!

Sebelum aku sempat jadi semakin gelabah, pakcik yang naik motorsikal tu dah datang tolong. Alhamdulillah... Tak sempat la muka aku jadi semakin biru. Memang pam tersebut ada masalah. Patutlah biker sebelum tu pun macam ada masalah nak isi angin. Akhirnya, tayar Angel oke semula dan aku terus tak jadi nak isi angin 2 tayar belakang. Hahaha. Nak dijadikan cerita, pam di Shell dah oke. So aku isi angin sekali lagi. Just in case kan :p

Kejadian pagi ni adalah salah satu 'ketakutan' aku. Hehehe. Ini satu pendidikan! ^____^

Wassalam.

Comments

Azra said…
Hahahaha! Ini nampaknya ketakutan yang sama ni. Setakat ni masih lagi menghindari mesin pam tayar, hahaha!
'Aini said…
Hahahaha... Tiap kali pun berdoa dan pasrah je~~~

Popular posts from this blog

Ugly Jealousy

Knock, knock, knock!

Klik! Klik! Children