Sedetik dan Selebihnya

Assalamualaikum,

Kalau tak silap pernah tahu akan hasil kerja terbaru KRU - Hikayat Merong Mahawangsa ni. Dan rasanya tak bercadang nak tonton pun. Hahahaha. Tapi oleh kerana Sedetik Lebih adalah official soundtrack, ada harapan untuk 'Aini pegi tonton kot ^____^ Dah terbayangkan macam mana lagu ni akan membangkitkan perasaan filem tersebut.

Sedetik Lebih... Ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Wow! Melodi bagus, lirik pun bagus. Nampaknya Edry memang dah put the most effort on this project. Lagu ni juga diiringi oleh 40 orang pemuzik orkestra profesional - pertama kalinya dalam sejarah. Klip video arahan Yusry Abdul Halim, kos pembikinan RM30 ribu, diselesaikan dalam masa sehari je.

Kalau namanya hasil kerja KRU, kesan khas wajar bagus. Harapannya skrip, arahan dan lakonan bagus jugaklah. Nama pun filem kan...
Hikayat Merong Mahawangsa... kos pembikinan: RM8 juta!

Selamat ber-feeling dengan lagu Sedetik Lebih~
Hikayat Merong Mahawangsa menemui penonton di pawagam Mac 2011...

More: http://www.era.fm/blog/post.asp?a=ceritera&pid=61886

"Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya."

Wassalam.


Sedetik Lebih
Anuar Zain
OST Hikayat Merong Mahawangasa
Ciptaan: Edry Abdul Halim



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku… ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku… ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Kasihku… ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Comments

Leesa.Maz said…
saya suka... :D
Nuown said…
wowwowow kak aini!!!! best gilaaa nih lagu nih.. i lap u anuar zain. cewah! :p

Popular posts from this blog

Ugly Jealousy

Klik! Klik! Children

Bye 2009 Hey 2010