Lelaki Hari Ini

Assalamualaikum,

Alahai lelaki hari ni... Dah semakin cantek. Hahaha. Bukanlah kata dah tak maskulin atau bukan lelaki, tapi tu lah... dah banyak ciri-ciri perempuan. Kawaii kata orang.

Kalau dulu-dulu orang lelaki guna kosmetik - pakai bedak pun cukup la - harus kena kutuk kot. Sekarang ni jangan kata bedak: foundation, eyeliner [liquid, oke... Ai pon tak reti nak guna], pencuci muka yg mencerahkan kulit - dulu lelaki, moisturizer... You name it. Padahal dulu kalo lelaki tu berkulit sawo matang dek kerjanya, yang itulah yang menjadi pujaan hati.

Kalau dulu-dulu lelaki berambut panjang tu kutu embun dan kutu rock je. Lelaki baek-baek yang jadi idaman abah mertua semua berambut kemas. Lagi macho kalo potongannya gaya tentera. Uuuuiissshhh! Sekarang rambut lelaki sama ikal je dengan rambut perempuan. Lebih ikal kot... Siap potongan pon berfesyen sakan. Kaler pon dah macam-macam kaler dari yang tak berapa macam manusia sampai la yang harus macam alien.

Dulu yang wanginya perempuan je. Yang lelaki biasa-biasa je la. Sekarang wangi lelaki sama atau lebih dari yang perempuan. Dengan after shave nya la, cologne nya la, deodorant lagi, perfume lagi! Sekali lalu, 3 bulan boleh tahu :p

Dulu-dulu tangan orang perempuan je yang jadi perhatian. Lembut ke, pandai buat keje rumah ke, kuku dijaga rapi ke tak. Sekarang lelaki pun beriya-iya gak dengan manicure pedicure nya. Boleh la together-gether pegi salun.

Itu belom cte pasal akseksori lagi. Dulu lelaki ada jam tangan dah cukup. Kalau bercincin pon ikut sunnah. Sekarang nih sibuk je lelaki pon nak pakai subang la, nak pakai gelang tangan la, nak pakai rantai la, nak pakai cekak rambut la, pakai cincin tak hingat dunia... Haih... Apa kes der?

Geleng kepala agaknya Abah aku di rumah dengan lelaki-lelaki sekarang. Kalau time dia dulu-dulu mana ada lelaki yang macam tu. Mak mertua pon kalo nak pilih menantu konfem cari lelaki yang boleh diharap - bagus kerjanya, bersungguh-sungguh cari rezki, dan yang penting nampak la tokoh pahlawan sikit-sikit untuk perlindungan anak dara kesayangan. At least kalo ada orang kacau anak kita, menantu kita tu tak la cabut kan... Lagi satu, lelaki ni mesti la serba boleh... Bukan tahu nak call tukang je :p

Ai rasa, Ai suka lelaki yang macam lelaki kot. Tak payah la nak jadi cantek ke, comel ke, hapa ke… Kalo nak berakseksori skit-skit tu boleh la. Tapi jangan melebih dari Ai pulak.
Hahaha. Lelaki hari ini, jangan marah yer… Gurau-gurau manje je~ Bukanlah Ai kutuk, cuma tertanya-tanya je ^_____^

Wassalam.

Comments

matrock_opie said…
hahaha..totally 100% setuju..mmg dunia hari ini mcm itu, adehhh~~~
s'luriahk said…
I menjaga penampilan diri...ahaks
Scintillate said…
pretty guys ey? Kdg seriau tgk ke'ayuan'diorg :)

Popular posts from this blog

Goodbye Ben Jern

Kemungkinan Kita

Ombak Itu Kamu