Kisah Cik Nadia Bukan Nama Sebenar

Assalamualaikum,

Rasa sengal dengan pendengar Hot FM, Cik Nadia Bukan Nama Sebenar. Seronok yer, hantar SMS pengakuan sukakan 'hak orang' ke stesen radio. Siap bagitau sedang in a relationship dengan tunangan orang yang dah nak kawen. Hello Cik Nadia Bukan Nama Sebenar! Obviously apa yang you buat tu salah. Takde nya boleh ke, tak boleh ke oke. SALAH!

Memang la setiap orang ada ujian masing-masing. So you nak kata yang you memang ditakdirkan untuk 'fall in love with unavailable guys'?? That that is your obstacle in life?? Sigh. Cik Nadia Bukan Nama Sebenar, pernah tak terfikirkan hikmah Allah bagi manusia akal...

Pernah tak you terfikir perasan wanita lain yang boifren/tunang dan hubby nya you berskandal? Kalau boifren/tunang/hubby you buat you macam tu, so how?! You boleh lagi tersenyum hantar SMS kat Hot FM bagitahu yang you nih pasrah jadi mangsa skandal? Dan takde maknanya gak nak kata 'bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Patutnya you sebagai perempuan bermaruah, you ketuk je kepala lelaki tak jujur macam tu - bukan join sekali.

Dan tunangan orang yang berskandal dengan Cik Nadia Bukan Nama Sebenar tu, you nih lelaki jenis apa yer. You dan berjanji bagai dengan anak dara orang, bagi harapan kat mak bapak orang tu - tapi belom kawen lagi dah terserlah belang dan polka dot. You takde kakak dan adik perempuan ke? Mahu kalau orang lain buat kakak dan adik perempuan you macam tu?!

Takleh blah betol la kes curang-curang nih. Sensitif kot. Tak kira lah boys or girls, bila you dah berjanji, you kena lah tepati. When you choose to give commitment in a relationship, you should give your best to make sure that happen. Kalau tak boleh nak setia, sila jangan in a relationship yer. Jangan suka hati you je nak lukakan hati orang.

You see pemain chenta, setiap yang terluka kerana chenta ada family and friends yang turut terluka bila we all terluka. You pemain chenta, pon ada women in your life - sisters, cousins, friends. Hari ni you lukakan hati orang, when the time comes hati you pulak yang akan dilukai - or women around you. Bukan berdoa yang bukan-bukan, but think about it. Life is fair.

I am not judging you, Cik Nadia Bukan Nama Sebenar. It could happen to me as well. But I really, really hope that both of us and all men and women in a relationship could try our best to free ourselves from this scenario.

Didoakan Cik Nadia Bukan Nama Sebenar [dan 'Aini juga] dapat melepaskan diri daripada chenta-chenta terlarang dan semoga Allah ketemukan dengan lelaki yang dapat membimbing Cik Nadia Bukan Nama Sebenar [dan 'Aini juga] ke jalan cintaNYA. Ameen.

Wassalam.

Comments

Nuown said…
perempuan takde perasaan tuh.. bangga dengan apa yang dia buat..keji punya olang.. yg bf dia pun sama.. venci!
'Aini said…
tu lah.. eeee.. sggh sakit hati dgr dlm kete pagi td...
Zafira said…
Uh, really sis?

I have my own opinion and I wanna share with you. Kadang-kadang, saya dengar, DJ yang bertugas 'melayan sahaja' segala macam kenyataan pendengar yang bukan-bukan.

Dulu, saya pernah mendengar seorang pendengar ini mengatakan bahawa dia tidak meminati seseorang kerana 'seseorang' itu tidak kacak dan berwajah hodoh. Astaghfirullah. Perlu ke wanita tersebut berkata seperti itu? Geram saya dibuatnya.

Adakalanya, mahu saja saya suarakan kepada DJ-DJ Malaysia, putuskan sahaja talian yang mengandungi perbualan yang 'kurang bijak' seperti itu. Tidak perlu dirakam dan kemudian 'on-air'.

Maaf, sekadar pandangan.
'Aini said…
Zafira: Yup. I agree with you. Sometime DJ2 pon kenalah mainkan peranan. What's the point siarkan perbualan yg lagho. Somehow, ppl listen to them and this is their opportunity to make a better world. Rugi la kalo peluang mcm nih disia-siakan dgn perbualan tak berfaedah + membangkitkan perasaan menyampah para pendengar.
fifah said…
sokong!!!

whatever it is, betrayal cant be compromised!!

Popular posts from this blog

Ugly Jealousy

Knock, knock, knock!

Klik! Klik! Children