Bukan Tempat Tinggal

Assalamualaikum,

Tiada ertinya 'kembali' jika ia bukan yang abadi.

Wassalam.

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur'an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan

Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar kalau mahu sedap

Disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan

Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk ke sana

Ayuh bersegeralah menuju Alloh
Taatilah Dia minta ampun pada-Nya
Mati bila - bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia

Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar kalau mahu sedap

Nun disana cita - cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
(Nun Di Sana, Rabbani)

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally