Rumah Titian Kasih
Assalamualaikum,
Hati sungguh sayu dan marah melihat penghuni Rumah Titian Kasih (RTK) terpaksa berpindah selepas pemiliknya memilih untuk menjual banglo tersebut untuk tujuan komersil berbanding menyewakannya untuk dijadikan rumah kebajikan. They were crying and that broke my heart into pieces.
Hati digaru-garu ingin tahu siapakah pemilik banglo tersebut!
Pengusaha RTK telah ditawarkan untuk membeli banglo tersebut dengan harga 2.7 juta dan sejak itu pelbagai inisiatif telah dilakukan termasuklah menubuhkan Tabung Wakaf RTK, menjual kraf tangan, kuih-muih dan sumbangan oleh individu. Jumlah yang dikumpulkan adalah RM270,000 -- sebagai deposit.
Perkara pertama yang terlintas difikiran, bukankah ada rakyat Malaysia yang tersenarai dalam 100 manusia terkaya di dunia? RM2.7 juta adalah amaun yang amat kecil berbanding kekayaan yang dimiliki. Walaupun tidak tersenarai dalam 100 manusia terkaya di dunia, masih ada rakyat Malaysia yang mampu menambah kutipan RM270 ribu dan menjadikannya RM2.7 juta.
Sebagai negara panji Islam, bukankah ada Baitulmal? Menurut sebuah rencana, Baitulmal sepatutnya boleh menyalurkan bantuan kepada RTK, walaupun pengurusan rumah berkenaan tidak membuat permohonan dan seharusnya mengenepikan prosedur yang sedia ada sesuai dengan keadaan sekarang. Terfikir... adakah pengurusan RTK tidak memohon bantuan daripada Baitulmal? atau adakah pihak Baitulmal terlalu kaku mengikut prosedur? Hmm...
Artikel yang sama juga berkongsi kejayaan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin yang berjaya mengumpul sebanyak RM14.7 juta sehingga Februari 2009. Kita juga maklum dengan kejayaan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai dana besar dan mendapat liputn meluas dengan misi bantuan mereka ke luar negara. Patutlah ada peribahasa "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan"... Sesuai, memang sesuai...
Akhir zaman... Yang kaya terus kaya, yang miskin semakin merempat. Lebih suka menaja haiwan di zoo, lebih berminat dengan harta dunia (rumah yang berjuta, kereta yang mewah, perkahwinan yang gah, nombor plat kenderaan), membeli pasukan bola sepak dan yayasan yang tersenarai sebagai 100 yang terkaya di dunia... daripada membela anak-anak yatim, ibu tunggal, warga tua serta orang kurang upaya.
Itu namanya, kekayaan yang sengal dan memberatkan dunia je...
Bacaan ekstra:
1) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive
2) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm&arc=hive
3) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive
4) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm&arc=hive
5) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Wassalam.
Comments