MH17: Malaysia Berkabung


Assalamualaikum,

22 Ogos 2014
Hari Berkabung Malaysia

Hari ni Malaysia berkabung.
Hari ni Malaysia menyambut kepulangan 20 mangsa tragedi MH17... Mereka telah pulang ke destinasi yang abadi dan pasti - ke sisi Illahi. Alhamdulillah, selepas penantian yang panjang, akhirnya kini mereka pulang ke pangkuan keluarga, rakan-rakan serta negara yang menyayangi mereka.

Bagi aku, simpati dan empati adalah sifat manusia. Tidak ada kayu ukur atau peraturan tentang cara tepat untuk menzahirkannya. Jadi zahirkanlah dengan cara yang terbaik dan paling manusia.

Berkongsi kesedihan tidak akan mengurangkan kegembiraan (kepada yang memberi) dan tidak mengurangkan sengsara (kepada yang menerima), tetapi mereka yang pernah kehilangan orang tersayang akan faham keperluannya.

I don't know any of them personally, but this tragedy has brings us together. While driving to work this morning, I can't shake the thought that somehow I might have crossed path with one of them...

I am deeply touched and personally saddened by what happened to MH370 and MH17. 3 tahun berulang alik merentas awan dan lautan menjadikan aku salah seorang daripada mereka. Frankly speaking, each time I boarded my flight, I would assume that is my last flight. Walaupun kebarangkalian kemalangan udara adalah amat kecil berbanding kecelakaan lain, let's face it - there's a lot to fear. I was one of them...

"It's time to come home..." begitu caption black ribbon di IG Malaysia Airlines.
My eyes are brimming with tears T___T



Welcome home, darlings...

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mangsa dan semoga Allah kasihani dan hantarkan kekuatan kepada keluarga serta kawan-kawan mangsa. In time like this, only Allah can ease the pain.

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berilah ganjaran kepadaku atas musibah yang menimpa ini, dan gantikan untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya."

Amiin Ya Allah.

Ingin menutup entri pada kali ini dengan kata-kata isteri kepada pembantu juruterbang,  Ahmad Hakimi Hanapi. Semoga Allah anugerahkan kebaikna kepada Asmaa Aljuned sekeluarga:
"Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan. Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui."

Terkini:
- Alhamdulillah MH6129 telah selamat mendarat di KLIA pada jam 9.54 pagi.
- Upacara penerimaan jenazah sedang berlangsung.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally