MH17: Lesson in Life
Assalamualaikum,
Terjaga dari
tidur pagi tadi dengan bermimpikan Abderrahman, anak kepada Allahyarham Ahmad
Hakimi Hanapi, Pembantu Juruterbang MH17. Imej anakanda Abderrahman yang
didukung rakan bapanya ketika solat jenazah pada hari Jumaat semacam terlekat
difikiran. Jatuh sayang kepadanya...
Kesemua 298
mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17 membawa cerita dan pengajaran yang
berbekas di hati. Tapi entah kenapa, kisah keluarga Allahyarham Ahmad Hakimi,
isterinya Asmaa dan anakanda Abderrahman terasa lebih dekat dan lebih peribadi.
Instead of me reaching out to them, I feel like they are reaching out to me...
'Perkenalan'
dengan mereka membuatkan aku mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku mahu
lebih dekat dengan Allah. Aku mahu kutip lebih ilmu untuk mempersiapkan diri di
jalan Allah.
Kata-kata
bapa kepada Allahyarham Ahmad Hakimi umpama seal kepada banyak perkara... Ya,
apa yang terjadi ini telah membuktikan betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Ya, apa yang terjadi ini adalah kesan dari perbuatan tangan-tangan
kita sendiri.
Melihat
bagaimana mereka berhadapan dengan tragedi ini amat bertepatan dengan ayat
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang". Sungguh
hati-hati yang dekat dengan Allah berbeza dari hati yang jauh daripadaNya.
Aku mahu
jadi golongan yang sentiasa melihat kasih sayang Allah dalam semua keadaan,
lebih-lebih lagi dalam musibah. Aku mahu jadi golongan yang sentiasa bersangka
baik terhadap Allah. Aku mahu jadi golongan yang mendapat bantuan Allah.
I don't know
how to end this entry. I am sorry that we meet in this sorrowful event. But I
am grateful to Allah that we meet and you taught me a great lesson in life. I
might forget them at one point in my life, but the lesson learnt will forever
engraved in me. Semoga setiap kebaikan
yang anda semua ajarkan kepada kami Allah beri balasan yang sangat baik.
Doa kami untuk
anda semua, 298 jiwa, waris serta kenalan.
Nota: Kita
semua mempunyai keinginan. The flaming desire enough to push us to make a deal
with the devil. Tapi keinginan bagaimanakah yang sanggup dibina di atas
kehilangan dan kemusnahan orang lain? What type of desire so superior that
drenching the world in blood looks okay?
Wassalam.
Comments