Umar

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.
Namanya Muhammad Umar Hidayat bin Tun Hafidzul Hakim. Lahir lewat petang Ahad 12 Mei 2013, Hari Ibu. Kata adik ipar dalam SMS pada malamnya: "Mak Long dah tau ke baby dah lahir? Kali ni betul-betul Muhammad". Hahaha. Maklumlah, masa Sumayyah sudah salah sangka. Sampaikan Moochi tak mesra dengan Mak Long akibat dipanggil 'Muhammad' ketika dalam kandungan.

Umar

"Panggil Umar. Sorry Haffizzatul Aini Aton :)"
Begitu tag adikku pagi seterusnya, sempena memperkenalkan Umar di Facebook.

Umar. I reserve this one name for my son.
"Dah agak dah. No problem. Aku tetap akan namakan anak aku Umar :p" balas aku. Kecewa? Not to that extend. Memang kami berdua suka kepada Saidina Umar R.A. Dan memang telah disebut-sebut hajatnya menamakan (andai anak lelaki) Umar. My Umar will be next!

"Papa Kimi dah ambil nama anak Mak Long. Jadi Umar ni Mak Long yang punya", kataku berseloroh dengan Hakimi.
Naif Hakimi menjawab: "Kimi taktau pun Mak Long ada anak".
Dush! Such a pure soul, I'd say.
 
Hakimi dan Umar

Sayang sungguh Hakimi dengan Umar. Maklumlah sama-sama lelaki. Mungkin Hakimi berasa akhirnya dia ada kawan. Siap minta diambil gambar bersama. Tapi Hakimi memang abang yang penyayang. Masa Sumayyah lahir pun Hakimi nampak gembira bertambah seorang lagi adik. Masa tu Hakimi panjatkan harapan, Sumayyah janganlah selasak Syifa - 'membuli' abang. Mana tahu Sumayyah sama saja dengan Syifa. Hahaha. Umar - entah bagaimana personalitinya. Mungkin selasak Bubble dan Moochi. Mungkin berperibadi halus dan lebut macam Hakimi.

Melihat Hakimi, Syifa, Sumayyah dan Umar membuat aku berfikir. Anak-anak perlu dibesarkan menjadi insan yang lebih baik daripada ibu bapa / penjaga. Bukan setakat sama, apatah lagi kurang.
Aku mahu anak-anak ini membesar menjadi insan yang lebih baik daripada aku dan kami semua.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally