Cinta Kami Kepada Muhammad SAW Lebih Marak


Kredit foto: ILoveAllaah.com

Assalamualaikum,

Api benci kamu marak.

Setiap kewujudan kami ingin sekali membalasnya.
Dengan darah dan dengan nyawa.

Tapi api cinta kami kepada Baginda Rasulullah lebih membakar.
Tapi keinginan Rasul kami andai Baginda masih di sisi kami lebih utama.
Tapi keinginan kami mencontohi akhlak Rasul yang kami rindui ketika berhadapan dengan manusia seperti kamu lebih mendalam.

Api cinta kami kepada Baginda Rasulullah Muhammad bin Abdullah lebih membakar.
Itulah yang kamu tidak fahami dan itulah yang kamu geruni.

Islam tidak mengajar kami untuk membenci, menghina dan menghasut.
Tapi Islam melalui Rasul yang kami cintai mengajar kami untuk membalas kejahatan dengan kebaikan.
Dan Islam melalui Rasul yang kami cintai mengajar kami erti dan nilai; meletakkan iman dalam kemarahan dan perjuangan.

Justeru diam kami bukan kemenangan bagi kamu.
Api yang kamu percikkan hanyalah kesusahan untuk kamu dihari kemudian.
Api yang kamu percikkan sekadar katalis kepada api perjuangan yang tidak pernah padam.

Amarah kami; adalah selemah-lemah iman.
Amarah kami; kami gandakan lagi kecintaan.
Amarah kami; kami gandakan lagi kerinduan.
Amarah kami; kami panjatkan aduan kepada Tuhan Yang Satu.
Kerana balasan yang sesuai untuk kamu hanyalah KeadilanNya.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally