"Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta." [ Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine ] Assalamualaikum, Saya meraikan cinta 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan setiap hari dalam setahun. Bukan hanya sehari di bulan Februari. Cinta itu adalah Cinta tanpa syarat Cinta tanpa sempadan Cinta yang tidak dibatasi jarak dan waktu Cinta yang sempurna Cinta yang setia Cinta yang tulus Cinta yang ikhlas Cinta yang tidak pernah tidak ada Cinta yang Satu Cinta yang Agung Dan cinta saya sama sekali tidak perlu sebarang elemen cinta duniawi yang lagho - hadiah, pemujaan, pengorbanan, janji manis sehingga ke langit bulan bintang. Saya sama sekali tidak perlu kepa...