Cerita Hujan

Assalamualaikum,

Hujan lebat malam tadi buat aku teringatkan Tok dan kehidupan ketika di kampung, Kedai Empat. Rumah tempat aku dibesarkan adalah sebuah rumah pusaka dengan suasana kampung. Bukan macam rumah kampung sekarang yang bersuasana moden, laman rumah Tok tidak diturap. It's dirt. Kalau berhadapan dengan musim hujan, ataupun hujan sepanjang minggu, pasti halaman rumah jadi becak / lecak ('lecah' mengikut setempat). Jadi papan-papan disusun dari tangga rumah merentasi kawasan tengah halaman ke kawasan yang lebih kering.

Masa bersekolah rendah aku menaiki basikal. Biasanya bila sampai ke sekolah mesti ada kesan lumpur di mana-mana bahagian baju aku. Pernah juga gara-gara tergopoh-gapah, terus slide dengan basikal ke dalam lumpur. Hahahaha. Kemudian bila bersekolah menengah, lain pula ceritanya... Masalahnya sekarang ialah kasut sekolah aku selalu comot dengan lumpur. Tok selalu kata aku ni cemerkap dan tidak hati-hati melintasi titi di tengah halaman. Sebagai penyelesaian, setiap kali hujan, kasut sekolah yang aku pakai akan dibalut dengan beg plastik. Ala-ala masuk makmal~ :P

Sambil mendengar bunyi hujan yang kian lebat, hati terasa sayu... Sejak Mak meninggal dan sejak tinggal berasingan dengan Tok, hidup terasa sunyi seolah-olah bersendirian. Hidup sekadar rutin dan tanggungjawab. Tiada yang kurang, cuma ada yang kehilangan.

I need a home, a place where my heart can go home to rest... And without both of them, or one of them, I feel like I have nowhere to go... There's no home~

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Goodbye Ben Jern

Celebrate the Love: Bones and Booth

Getting Out of the Slump