Hujung Tahun Yang Mencabar

Assalamualaikum,

Hujung tahun kali ni adalah hujung tahun yang paling mencabar dalam tempoh 7 tahun bekerjaya. It is already tough with one role. With two roles, it feels like a disaster waiting to happen. Oh wait -- it's three role! Huhuhuhu. Everything screams "deadline" and "urgent".
Rasa nak *menjerit* jugak.

Bila jiwa kacau, mental pun hilang keseimbangan. Emosi semakin sensitif. Aras tandanya berada di tahap tidak bagus bila mula rasa macam sunyi dan keseorangan -- lebih poyo dari biasa. Tengok sesama ibu mengandung berbual pun dah rasa nak menangis. Apa kes ni wahai 'Aini..?!

Esok hari terakhir kerja tahun ini sebelum plant shutdown.

Esok jugak hari terakhir kakak saya berkerja di kompeni ini.
Kakak saya, Kak Far, telah mengambil keputusan untuk menumpukan fokus kepada her family and her lovely daughter.
Kakak saya, rakan usrah saya... Kalau bukan kerana Kak Far yang bersungguh-sungguh nak adakan usrah dalam kompeni MNC ni, mungkin banyak ilmu yang aku terlepas. Syifa pun dah masuk 6 tahun. Usrah kami di antara 5-6 tahun jugak...
Kakak saya, rakan usrah saya, salah satu sumber kekuatan saya. Walaupun kebanyakan masa usrahnya hanya kami berdua...

Walaupun InshaAllah akan selalu bertemu ketika usrah bulanan, tangkai hati rasa pedih. Rasa hilang separuh diri. Rasa hilang tempat bermanja. Rasa hilang separuh kekuatan.

Semoga Allah merahmati kakak saya, Kak Far. Hanya anugerah Allah sahaja yang layak buatmu, kakak.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Ugly Jealousy

Knock, knock, knock!

Klik! Klik! Children