13 Days to 29!

Assalamualaikum,

1 Januari 2013. Satu lagi tahun bermula mengikut kalendar masihi. Masih baru, tapi ini bukan tahun pertama aku tidak menyambut tahun baru masihi. Jadi tiada sambutan, tiada azam. Semua itu telah dinekadkan 1 Muharram yang lalu.
Dalam fikiran cuma ada dua perkara. Pertamanya, terlupa nak beli planner tahun 2013. Bukanlah penting memandangkan aku bukanlah manusia yang sibuk sangat. Cuma dah jadi kebiasaan untuk ada planner. Kedua, usia akan beranjak dalam tempoh 13 hari. Berkira-kira untuk buat kek hari lahir sendiri untuk usia yang ke-29… Tapi menurut pengalaman, macam takkan menjadi macam kek Ben10 tahun lepas. Hahaha *wink*
 
Kepada yang memerlukan satu titik permulaan, hari ini salah satu darinya.  Garisan adalah titik-titik yang bersambung - mulakan sesuatu yang baik, bina garisan yang membawa ke arah positif dan semestinya garisan yang membawa makna yang dapat dikongsikan bersama.

Nota: Happy birthday to Achik; my favorite aunty! XOXO~

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Goodbye Ben Jern

Kemungkinan Kita

Ombak Itu Kamu