Perutusan Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum,

Semakin menghampiri hari graduasi Madrasah Ramadhan. Terasa pendek sungguh Ramadhan kali ini - petanda semakin hampir dengan destinasi yang pasti. Ramadhan kali ini benar-benar mendidik, Alhamdulillah. Semoga didikan yang diterima kekal berbekas di hati umpama besi yang ditempa, Amiin Ya Allah. Pendidikan Ramadhan ini umpama ibadah Haji juga, dilihat selepas berlalu musimnya - terdapatkah kelangsungan atau umpama hujan yang mengikut angin.

Ada hamba Allah yang pulang dari Haji tetapi hatinya tidak pernah kembali.
Ada hamba Allah yang pergi Haji tapi hatinya tidak pernah pergi.

Semoga hati kita semua hadir kepada Ramadhan yang 30 hari tetapi semangat Ramadhan itu tinggal menetap di dalam hati dan tidak pernah pergi. Amiin Ya Khaliq, kabulkanlah permintaan yang satu ini.

Dikesempatan ruang yang sempit ini, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon maafkan salah silap dalam menulis dan mengutara pandangan.
Ingatlah Allah di hari kemenangan.
Minal Aidin Wal Faizin - Semoga Allah menjadikan kita daripada golongan orang-orang yang kembali kepadaNya dan orang-orang yang beroleh kemenangan.
Amiin Ya Rahman.

“Apakah hasil yang kita harapkan selepas berpuasa di bulan Ramadan? Apakah bentuk manusia yang kita akan jadi selepas keluar dari ‘kem latihan’ Ramadan ini?”
- Pahrol Mohamad Juoi, Menjangkau Pasca Ramadhan

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

Ugly Jealousy

Knock, knock, knock!

Klik! Klik! Children