10 Yang Terakhir
Assalamualaikum,
Dah tiba di 10 hari terakhir Ramadhan 1433H.
Sob sob!
Bukanlah tidak gembira nak menyambut Hari Raya, tapi hati berat nak melepaskan Ramadhan. Teringat kata-kata arwah Tok Wan melihatkan kami berjimba riang saat menyambut Ramadhan yang kian berakhir. Kata beliau, patutnya kita berasa berat hati sebab bulan yang baik, yang penuh rahmat, penuh keampunan dan pelepasan dari api neraka bakal berakhir. Ada ulama yang menangis di 10 hari terakhir Ramadhan sebab tak sanggup nak berpisah dan risau kalau-kalau tak bertemu dengan Ramadhan seterusnya.
I was still young at that time, tapi kata-kata arwah memang berkesan di hati. Pada mulanya sekadar cover line sebab tak mahu kena leter, but as I grew up and understand more what he meant, the feeling slowly building in me.
Marilah sama-sama memperbanyakkan lagi amal di penghujung Ramadhan ini. Kalau main bolasepak, dah dikira sebagai masa kecederaan. This is your chance; win or lose? Ada peluang untuk 'golden goal' juga. Tak mahukah?
Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mujib
Lapangkan masa kami dan berikanlah kesihatan untuk beribadat
Ya Majid Ya Khaliq Ya Latif
Mohon dipermudahkan kami untuk beramal dengan hati yang ikhlas dan tenang di penghujung Ramadhan ini.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik
Mohon dimarakkan lagi api tekad dalam hati kami dalam merebut kebaikan yang Kau telah janjikan.
Amiin Ya Rabb.
Comments