Al Kisah Kasih
Akhirnya, runut bunyi untuk drama bersiri Nur Kasih telah mula dimainkan di corong-corong radio. Juga bermaksud mp3 runut tersebut, nyanyian Yasin boleh dimuat turun di internet!
Drama Nur Kasih seolah-olah mengakhiri ketandusan drama bertema keagamaan di Malaysia. Telah sekian lama para penonton disogokkan dengan karya bertema keagamaan dari negara seberang. Apa yang menariknya mengenai Nur Kasih; selain kontroversi para pelakonnya, adalah kebanyakan penonton mula tertarik dengan trailer dan runut bunyinya sebelum dramanya.
Ada yang meletakkan Nur Kasih sebagai drama keagamaan terbaik. Tetapi tidak ada yang sempurna selain DIA. Nur Kasih, dalam membawakan tema dan mesej keagamaan yang mudah dan agak biasa; masih kuat dgn garapan dialog dan olahan skrip serta jalan cerita yang menjadikannya sebuah karya yang menarik. Ditangan Khabir Bhatia serta sinematografinya yang baik, kisah Aidil, Adam, Nur Amina, Ustaz Hassan, Hajjah, Kat, Alia serta lain-lain watak menjadi sebuah pementasan kehidupan bertaraf tinggi.
Uncang Pemikiran Nur Kasih
Dialog/Babak kegemaran:
Babak perbualan Ustaz Hassan bersama Hajjah. Dalam babak tersebut, Ustaz Hassan mengamanahkan beberapa barang untuk Aidil dan Adam kepada Hajjah. Dalam masa yang sama, Ustaz Hassan berasa sedih kerana tiada apa-apa untuk ditinggalkan kepada isterinya. Kata-kata maaf Ustaz Hassan antara lain berkata Hajjah: “isteri orang ada intan berlian…“; lantas, Hajjah menjawab: “isteri Abang ada Abang”. [3:10-3:15]
Isu:
Kesabaran Aidil dan Nur Amina.
Memang tak tercapai akalku.
Unbelievable.
Suka:
Aidil bertemu Aliya – di kedai buku dan di rumah Aliya.
Kemunculan Aliya memang sangat dinantikan oleh semua peminat Nur Kasih. Babak tersebut menarik dan mewakili titik perubahan dalam kisah Nur Kasih; walaupun babak pertemuan di kedai buku mengingatkan kepada Ayat-ayat Cinta.
Sengal:
Sarah. Tiada komen yang bersesuaian.
Pendidikan:
Tiada perkahwinan paksa dalam Islam.
Unkai
Tak sabar menanti pengakhiran Nur Kasih. Minggu ini Aidil akan menikahi Aliya dan Sarah seperti biasa akan menyalahkan Nur Amina dan berbuat perkara yang tidak sepatutnya. Dari sinopsis Nur Kasih yang didapati, Sarah kemudiannya akan meracuni perkahwinan Aidil-Aliya.
Pesan
Setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Dari mesej keagamaan yang dibawakan, fikirkanlah dengan akal dari al-Quran dan as-Sunnah. Jangan bergurukan rancangan televisyen dan lembaran skrip semata-mata.
Wassalam.
Runut bunyi boleh dimuat turun dari: http://www.mediafire.com/?vdjiydnmeei
Nur Kasih
oleh Yassin Sulaiman
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur kasih
Nur kasih
Nur kasih
Nur kasih
*bridge*
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasihNur kasih

Comments
that's the other side of me -- tht u nvr know :p