Aku Mahu Pergi

Aku Mahu Pergi

Aku mahu pergi
Pergi dengan harapan
untuk menemukan kembali
Diriku
Yang hilang dalam satu malam

Aku bukan meninggalkan
sesiapa atau apa saja

Aku mahu pergi
Pergi dengan harapan
untuk menemukan kembali
Kewarasanku
Tertinggal di jambatan
yang kita seberangi

Aku bukan meninggalkan
sesiapa atau apa saja

Aku mahu pergi
Pergi dengan harapan
untuk menemukan
Kekuatan
Untuk berdiri membuat keputusan
Untuk bertahan kerana keputusan

Aku bukan meninggalkan

'Aini Aton
4 Disember 2018
Penghujung kuliah hidup tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally