MH17: Lesson in Life
Assalamualaikum, Terjaga dari tidur pagi tadi dengan bermimpikan Abderrahman, anak kepada Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, Pembantu Juruterbang MH17. Imej anakanda Abderrahman yang didukung rakan bapanya ketika solat jenazah pada hari Jumaat semacam terlekat difikiran. Jatuh sayang kepadanya... Kesemua 298 mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17 membawa cerita dan pengajaran yang berbekas di hati. Tapi entah kenapa, kisah keluarga Allahyarham Ahmad Hakimi, isterinya Asmaa dan anakanda Abderrahman terasa lebih dekat dan lebih peribadi. Instead of me reaching out to them, I feel like they are reaching out to me... 'Perkenalan' dengan mereka membuatkan aku mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku mahu lebih dekat dengan Allah. Aku mahu kutip lebih ilmu untuk mempersiapkan diri di jalan Allah. Kata-kata bapa kepada Allahyarham Ahmad Hakimi umpama seal kepada banyak perkara... Ya, apa yang terjadi ini telah membuktikan betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha ...