Umar
Assalamualaikum, Alhamdulillah. Namanya Muhammad Umar Hidayat bin Tun Hafidzul Hakim . Lahir lewat petang Ahad 12 Mei 2013, Hari Ibu. Kata adik ipar dalam SMS pada malamnya: "Mak Long dah tau ke baby dah lahir? Kali ni betul-betul Muhammad" . Hahaha. Maklumlah, masa Sumayyah sudah salah sangka. Sampaikan Moochi tak mesra dengan Mak Long akibat dipanggil 'Muhammad' ketika dalam kandungan. Umar "Panggil Umar. Sorry Haffizzatul Aini Aton :)" Begitu tag adikku pagi seterusnya, sempena memperkenalkan Umar di Facebook. Umar. I reserve this one name for my son. "Dah agak dah. No problem. Aku tetap akan namakan anak aku Umar :p" balas aku. Kecewa? Not to that extend. Memang kami berdua suka kepada Saidina Umar R.A. Dan memang telah disebut-sebut hajatnya menamakan (andai anak lelaki) Umar. My Umar will be next! "Papa Kimi dah ambil nama anak Mak Long. Jadi Umar ni Mak Long yang punya" , kataku berseloroh dengan Hakimi...