Tentang Jodoh
Assalamualaikum,
Menjadi a not-yet-married memang mencabar. Tidak mudah berhadapan dengan soalan cepu emas - bila mahu kahwin, lebih sukar lagi berhadapan dengan yang bertanyakan soalan. Jika kawan-kawan, sepupu dan ahli keluarga yang lain, jawapannya umpama seloroh yang begitu-begitu juga. Paling tidak dijawab menanti Umar Al-Khattab (pernah dijawab Mak Cik: "Uthman Al-Affan ada la, age 6, okay?") atau mohon lebihkan lagi doa seusai solat malam. Tapi bila nenek bermukadimah "tiada sebarang berita baikkah?", lembut terasanya lutut. Mungkin tidak tersuarakan olehnya, usia sudah usia subsidi dan meniti hari... bagaimana harapan melihat cucu kesayangan yang seorang ini berbahagia. Itu sahaja bahagian yang sukar.
Kalau mahu diikutkan hati, mati. Kalau mahu diturutkan sangat adat, tak terturutkan. Kalau nak difikirkan, boleh jadi gila. Peringkat awal, memang terasa tak tertanggungkan. Tapi lama kelamaan, it's not that bad. Seriously. Bila memilih untuk melihat yang baik, pasti nampak yang baik. Walau bagaimanapun, aturan ini daripada Yang Maha Baik. Sudah pasti Maha Baik sebabnya, saya pujuk hati setiap kali terasa down. Yang Maha Kaya telah berikan nikmat yang melimpah untuk saya, tanpa cacat cela. Apalah sangat sedikit kelewatan untuk hal yang satu ini, saya beritahu diri sendiri. Saya cukup bahagia tanpa ada sebarang kekurangan.
Setelah mengambil kira pelbagai perkara, keputusan diambil untuk tidak ber'couple' dan akan menerima lamaran yang pertama. Bukan kerana tidak waras atau kecewa atau serik; jauh sekali kerana patah hati. Keputusan ini wajar. Saya berlapang hati dengannya. Biarlah khalayak keliling memandang saya pelik. Biarlah orang lain tidak faham. Untuk itulah excerpt di atas dalam maknanya kepada saya... Saya telah melalui fasa mencari tanpa menemui. Mungkin sudah tiba masanya saya menanti... Ironinya, menanti bukan salah satu kelebihan saya, "I don't like waiting" dan "I don't wait", kata saya suatu masa dahulu. Pendidikan.
Tidak pernah terbayangkan akan membuat keputusan begitu. Perasaannya, kengeriaannya, debarannya dan misterinya perasaan ini - Allah sahaja yang tahu. He can be a total stranger. He can be a friend I know all my life. He can be someone I recently met. Terharu juga dengan kawan-kawan dan adik saya sendiri yang berusaha menemukan saya dengan calon yang dirasakan sesuai. Terasa disayangi... ^______^ For the time being, let's wait together~
Untuk yang memakai kasut yang sama, saya sungguh-sungguh mencadangkan agar kita sama-sama melihat kebaikan aturanNya ini dengan lebih lagi.
Boleh jadi Al-Basit mahu memberi masa tambahan kepada Abah terhadap saya, dan kepada saya untuk menjadi anak kepada Abah. Maklum la, saya ini baru 5 tahun kebelakangan ini sahaja 'kembali' ke pangkuan keluarga.
Ada berjuta 'boleh jadi' dan dua pilihan: yang bersangka baik kepada Illahi atau yang meracuni diri.
Berada di usia ini, saya bersyukur kerana Allah meletakkan hati saya dalam keadaan yg merasa cukup walaupun tanpa kehadiran seorang suami dan gelak tawa anak-anak. Saya bersyukur kerana Allah meletakkan hati saya dalam keadaan setenang ini, bahkan tetap tenang menjawab soalan cepu emas dari orang sekeliling dan mudah juga kembali tenang dengan berita gembira kawan-kawan yang lain. Terasanya kasih sayang Allah yang tidak bertepi yang telah menempatkan ketabahan dalam hati untuk melalui tempoh ini.
Masha Allah.
Wasslam.
Mari
bercerita tentang jodoh.
Not exactly
my favorite topic, malah topik agak berat untuk diceritakan. Tapi membaca
artikel Rahsia Jodoh Saya - Sebuah Cerpen menimbulkan keinginan untuk
bercerita. Ingin sangat berkongsi excerpt dari artikel berkenaan:
"Jodoh,
mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari
pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak
tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari
ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah,
lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada
suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya,
sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."
Menjadi a not-yet-married memang mencabar. Tidak mudah berhadapan dengan soalan cepu emas - bila mahu kahwin, lebih sukar lagi berhadapan dengan yang bertanyakan soalan. Jika kawan-kawan, sepupu dan ahli keluarga yang lain, jawapannya umpama seloroh yang begitu-begitu juga. Paling tidak dijawab menanti Umar Al-Khattab (pernah dijawab Mak Cik: "Uthman Al-Affan ada la, age 6, okay?") atau mohon lebihkan lagi doa seusai solat malam. Tapi bila nenek bermukadimah "tiada sebarang berita baikkah?", lembut terasanya lutut. Mungkin tidak tersuarakan olehnya, usia sudah usia subsidi dan meniti hari... bagaimana harapan melihat cucu kesayangan yang seorang ini berbahagia. Itu sahaja bahagian yang sukar.
Kalau mahu diikutkan hati, mati. Kalau mahu diturutkan sangat adat, tak terturutkan. Kalau nak difikirkan, boleh jadi gila. Peringkat awal, memang terasa tak tertanggungkan. Tapi lama kelamaan, it's not that bad. Seriously. Bila memilih untuk melihat yang baik, pasti nampak yang baik. Walau bagaimanapun, aturan ini daripada Yang Maha Baik. Sudah pasti Maha Baik sebabnya, saya pujuk hati setiap kali terasa down. Yang Maha Kaya telah berikan nikmat yang melimpah untuk saya, tanpa cacat cela. Apalah sangat sedikit kelewatan untuk hal yang satu ini, saya beritahu diri sendiri. Saya cukup bahagia tanpa ada sebarang kekurangan.
Setelah mengambil kira pelbagai perkara, keputusan diambil untuk tidak ber'couple' dan akan menerima lamaran yang pertama. Bukan kerana tidak waras atau kecewa atau serik; jauh sekali kerana patah hati. Keputusan ini wajar. Saya berlapang hati dengannya. Biarlah khalayak keliling memandang saya pelik. Biarlah orang lain tidak faham. Untuk itulah excerpt di atas dalam maknanya kepada saya... Saya telah melalui fasa mencari tanpa menemui. Mungkin sudah tiba masanya saya menanti... Ironinya, menanti bukan salah satu kelebihan saya, "I don't like waiting" dan "I don't wait", kata saya suatu masa dahulu. Pendidikan.
Tidak pernah terbayangkan akan membuat keputusan begitu. Perasaannya, kengeriaannya, debarannya dan misterinya perasaan ini - Allah sahaja yang tahu. He can be a total stranger. He can be a friend I know all my life. He can be someone I recently met. Terharu juga dengan kawan-kawan dan adik saya sendiri yang berusaha menemukan saya dengan calon yang dirasakan sesuai. Terasa disayangi... ^______^ For the time being, let's wait together~
Untuk yang memakai kasut yang sama, saya sungguh-sungguh mencadangkan agar kita sama-sama melihat kebaikan aturanNya ini dengan lebih lagi.
Boleh jadi Al-Basit mahu memberi masa tambahan kepada Abah terhadap saya, dan kepada saya untuk menjadi anak kepada Abah. Maklum la, saya ini baru 5 tahun kebelakangan ini sahaja 'kembali' ke pangkuan keluarga.
Boleh jadi
adik-adik dan keluarga saya masih perlukan saya mengikut Ilmu Al-Basir.
Boleh jadi kelewatan
ini umpaman 'short-sem' Al-Qahhar untuk mendidik saya menjadi isteri yang lebih
solehah dan mungkin juga untuk suami saya menyempurnakan agama dan
tanggungjawabnya. Jika saya bakal menjadi beban, semoga saya menjadi 'rakan
kongsi' kehidupan. (Amiin Ya Rabb!)
Boleh jadi
Al-'Azim mahu beri saya peluang di jalan dakwah yang telah lama saya
tinggalkan. Mana tahu, ada yang belum saya sampaikan.
Boleh jadi
Al-'Aliyy mempersiapkan saya untuk menjadi lebih tabah dan sabar untuk
rumahtangga yang saya tidak tahu keadaannya. Saya mendoakan yang terbaik, tapi
ujian juga satu rahmat kepada yang sabar.
Ada berjuta 'boleh jadi' dan dua pilihan: yang bersangka baik kepada Illahi atau yang meracuni diri.
Berada di usia ini, saya bersyukur kerana Allah meletakkan hati saya dalam keadaan yg merasa cukup walaupun tanpa kehadiran seorang suami dan gelak tawa anak-anak. Saya bersyukur kerana Allah meletakkan hati saya dalam keadaan setenang ini, bahkan tetap tenang menjawab soalan cepu emas dari orang sekeliling dan mudah juga kembali tenang dengan berita gembira kawan-kawan yang lain. Terasanya kasih sayang Allah yang tidak bertepi yang telah menempatkan ketabahan dalam hati untuk melalui tempoh ini.
Masha Allah.
Alhamdulillah.
Wasslam.
*** Delayed
post ***
I was half
way writing this entry when the 8.5 earthquake hits Acheh and shook Penang.
Comments