Salam Aidiladha


Assalamualaikum,

Salam Aidiladha.
Memetik kata-kata dari Majalah Solusi; marilah 'sembelih' kecintaan terhadap dunia.
Marilah kita hayati erti sebenar 'pengorbanan'.

Dalam perjalanan ke ofis pagi tadi, terdengar satu respons pendengar terhadap topik di Hot FM. Ceritanya, keluarga pendengar tersebut tak suka dengan pilihan hatinya. Sebagai 'pengorbanan' untuk cinta tersebut, pendengar ni tetap meneruskan perhubungan cinta tersebut dan buat tak tahu je dengan pendapat keluarganya. Penutupnya dia dengan bangga berkongsi, selepas 4 tahun akhirnya keluarganya terima juga pilihan hati tersebut.

Begitu definisi 'pengorbanan' kita.
Melukakan hati keluarga demi seseorang yang bukan sesiapa - pun boleh mengaku sebagai 'pengorbanan' bersempena Aidiladha.

Semoga Allah merahmati umat Islam sekelian dengan kecintaan terhadapNya yang berterusan.
Ameen.
Sebagai penutup dan peringatan terhadap diri sendiri, kenangilah kisah korban putera Nabi Adam Habil dan Qabil serta kerelaan Nabi Ibrahim mengorbankan puteranya Ismail.

Di manakah kita di dalam kisah yang keduanya?
Semoga Allah meletakkan kita di dalam golongan yang tidak rugi.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Inception: Movie Review

Knock, knock, knock!

New Moon, Finally