Posts

Showing posts from August, 2012

Perutusan Aidilfitri 1433H

Image
Assalamualaikum, Semakin menghampiri hari graduasi Madrasah Ramadhan. Terasa pendek sungguh Ramadhan kali ini - petanda semakin hampir dengan destinasi yang pasti. Ramadhan kali ini benar-benar mendidik, Alhamdulillah. Semoga didikan yang diterima kekal berbekas di hati umpama besi yang ditempa, Amiin Ya Allah. Pendidikan Ramadhan ini umpama ibadah Haji juga, dilihat selepas berlalu musimnya - terdapatkah kelangsungan atau umpama hujan yang mengikut angin. Ada hamba Allah yang pulang dari Haji tetapi hatinya tidak pernah kembali. Ada hamba Allah yang pergi Haji tapi hatinya tidak pernah pergi. Semoga hati kita semua hadir kepada Ramadhan yang 30 hari tetapi semangat Ramadhan itu tinggal menetap di dalam hati dan tidak pernah pergi. Amiin Ya Khaliq, kabulkanlah permintaan yang satu ini. Dikesempatan ruang yang sempit ini, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon maafkan salah silap dalam menulis dan mengutara pandangan. Ingatlah Allah di hari kemenan...

10 Yang Terakhir

Image
Assalamualaikum, Dah tiba di 10 hari terakhir Ramadhan 1433H. Sob sob! Bukanlah tidak gembira nak menyambut Hari Raya, tapi hati berat nak melepaskan Ramadhan. Teringat kata-kata arwah Tok Wan melihatkan kami berjimba riang saat menyambut Ramadhan yang kian berakhir. Kata beliau, patutnya kita berasa berat hati sebab bulan yang baik, yang penuh rahmat, penuh keampunan dan pelepasan dari api neraka bakal berakhir. Ada ulama yang menangis di 10 hari terakhir Ramadhan sebab tak sanggup nak berpisah dan risau kalau-kalau tak bertemu dengan Ramadhan seterusnya. I was still young at that time, tapi kata-kata arwah memang berkesan di hati. Pada mulanya sekadar cover line sebab tak mahu kena leter, but as I grew up and understand more what he meant, the feeling slowly building in me. Marilah sama-sama memperbanyakkan lagi amal di penghujung Ramadhan ini. Kalau main bolasepak, dah dikira sebagai masa kecederaan. This is your chance; win or lose? Ada peluang untuk 'go...