Posts

Showing posts from 2018

Sajak Separa Siap

Sajak Separa Siap Kita menyeberangi jambatan Yang menitikkan noktah Kepada sajak yang ditulis separa siap Di dalamnya terdapat kisah indah Harapan serta kemahuan-kemahuan dan banyak kemungkinan Tapi takdir berkata Ya di sini saja Biarkan sajaknya separa siap Biarkan kisahnya sekadar di paragraf Biarkan harapannya mengapung bersama kemahuan-kemahuan lain Dan berlalu sahaja seperti kemungkinan yang kekal Kemungkinan 'Aini Aton 4 Disember 2018 Terus-terusan meyakinkan...

Aku Mahu Pergi

Aku Mahu Pergi Aku mahu pergi Pergi dengan harapan untuk menemukan kembali Diriku Yang hilang dalam satu malam Aku bukan meninggalkan sesiapa atau apa saja Aku mahu pergi Pergi dengan harapan untuk menemukan kembali Kewarasanku Tertinggal di jambatan yang kita seberangi Aku bukan meninggalkan sesiapa atau apa saja Aku mahu pergi Pergi dengan harapan untuk menemukan Kekuatan Untuk berdiri membuat keputusan Untuk bertahan kerana keputusan Aku bukan meninggalkan 'Aini Aton 4 Disember 2018 Penghujung kuliah hidup tahun ini.

Semua Yang Aku Takuti

Image
Kamu Menjadikan aku Semua yang aku takuti Kamu Memaksa aku mencari berani Menjadi semua yang aku takuti Kamu Membuatkan  aku mahu Menakluki semua ketakutan itu Dan menang kamu ~

Bintang

Kelelahan selepas hari yang panjang Aku merenung langit Gelap dan sunyi Tiada bintangkah? Dari bumi yang kecoh membangun Di langit yang pekat gelap Muncul satu kerlipan Umpama satu lambaian Yang kian mendekat Mengukir senyuman yang berseri-seri Dari satu kerlipan Sebutir bintang yang semakin galak Muncul sebutir lagi Dan sebutir lagi di sana Kemudian sebutir lagi di sini Seolah-olah kudengar mereka ketawa menyapa Memeriahkan langit yang tadinya gelap Seorang gadis yang awalnya Lenguh di merata sendi Tersenyum menemui apa yang dicari Lupa kekalutan kerja seharian Positif untuk esok yang tak terjangkakan 'Aini Aton 14 Mac 2018 Kamu yang macam bintang

Tamak

Ada ketikanya kau mahu ucapkan Kata-kata yang tak mampu Kau ungkapkan Dalam penulisan Apatah lagi lisan Ada ketikanya kau hanya mahu difahami Akan perkara-perkara yang tak mampu Kau ungkapkan Dalam penulisan Apatah lagi lisan Ada ketikanya kau jadi tamak Dengan perasaan yang tak mampu Kau ungkapkan Dalam penulisan Apatah lagi lisan Lalu kau menjadi Seorang lagi manusia Yang mahu itu ini 'Aini 9 Mac 2018

Kemungkinan Kita

Aku dan kamu Yang ada hanya Angan-angan tentang Kemungkinan-kemungkinan Jika kita mahu Jika kau memilihku Jika aku menerimamu Jika seluruhnya bersama kita Sekadar angan-angan Tentang kemungkinan-kemungkinan Biar setakat itu sahaja Dengan seluruh kemampuanku Aku memilih Untuk tidak menjadikan Kemungkinan-kemungkinan itu Realiti Yang bahu kecilmu Mungkin tidak tertanggungkan Yang hati rapuhku Mungkin tidak tertahankan 'Aini Aton 18 Januari 2018 Konfrontasi hati yang masih berjalan

Ombak Itu Kamu III

Bila pantai disapa ombak Ia teringat kepada laut Lautlah tempat ombak Di lautlah tanggungjawab ombak Luas dan mendalam Bukan di sisi pantai Mungkin Mungkin aku tidak patut Menamaimu ombak Kerana walaupun Ombak tidak dapat tinggal Ia akan tetap tiba di pantai Sedangkan kondisi kita Realitinya Tidak seharusnya Wujud perkaitan Seperti pantai dan ombak Dan aku Aku sejujurnya enggan menjadi Seperti pantai yang terkesan Oleh ombak Aku enggan menjadi penanti Ombak yang datang dan pergi Dan paling penting Aku tidak mahu bermimpi Apa yang bukan kepunyaanku 'Aini Aton 16 Januari 2017 Masih konfrontasi hati Menghapus jejakmu

Ombak Itu Kamu II

Kamu ombak Sebahagian dari Lautan yang amat luas Aku pantai Cuma pinggiran kecil Dari daratan Pantai hanya persinggahan Sedangkan ombak tempatnya bersama laut Jelas sunnatullah untukmu Malah datangnya ombak Bukan kerana pantai Hanya mengikut aturanNya Deburan demi deburan Usahlah dibicarakan berlebihan Sedangkan buih-buih pun Tak dapat kekal Pun pantai Tempatnya bersama daratan Sesuai dengan sunnatullah untuknya Pasrah menghantar ombak Pulang ke pangkuan lautan 'Aini Aton 15 Januari 2018 Konfrontasi hati

Ombak Itu Kamu

Umpama pantai Yang disinggahi ombak Lalu berlalu pergi Bersilih ganti Pantai itu hatiku Ombak itu perasaan yang dibawamu Sekejap Mengubah pepasir Membawa pelbagai isi lautan Terdampar Tapi aku pantai Perasaan itu ombak Yang menghempas Yang akan berlalu Pergi Ombak tidak dapat tinggal Pantai tidak dapat ikut pergi Takdir ombak dan pantai Sekadar begitu 'Aini Aton 12 Januari 2018 Berpaling & berlalu