Sunday, April 29, 2012

Tentang Jodoh

Assalamualaikum,
Mari bercerita tentang jodoh.
Not exactly my favorite topic, malah topik agak berat untuk diceritakan. Tapi membaca artikel Rahsia Jodoh Saya - Sebuah Cerpen menimbulkan keinginan untuk bercerita. Ingin sangat berkongsi excerpt dari artikel berkenaan: 
"Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu." 

Menjadi a not-yet-married memang mencabar. Tidak mudah berhadapan dengan soalan cepu emas - bila mahu kahwin, lebih sukar lagi berhadapan dengan yang bertanyakan soalan. Jika kawan-kawan, sepupu dan ahli keluarga yang lain, jawapannya umpama seloroh yang begitu-begitu juga. Paling tidak dijawab menanti Umar Al-Khattab (pernah dijawab Mak Cik: "Uthman Al-Affan ada la, age 6, okay?") atau mohon lebihkan lagi doa seusai solat malam. Tapi bila nenek bermukadimah "tiada sebarang berita baikkah?", lembut terasanya lutut. Mungkin tidak tersuarakan olehnya, usia sudah usia subsidi dan meniti hari... bagaimana harapan melihat cucu kesayangan yang seorang ini berbahagia. Itu sahaja bahagian yang sukar. 

Kalau mahu diikutkan hati, mati. Kalau mahu diturutkan sangat adat, tak terturutkan. Kalau nak difikirkan, boleh jadi gila. Peringkat awal, memang terasa tak tertanggungkan. Tapi lama kelamaan, it's not that bad. Seriously. Bila memilih untuk melihat yang baik, pasti nampak yang baik. Walau bagaimanapun, aturan ini daripada Yang Maha Baik. Sudah pasti Maha Baik sebabnya, saya pujuk hati setiap kali terasa down. Yang Maha Kaya telah berikan nikmat yang melimpah untuk saya, tanpa cacat cela. Apalah sangat sedikit kelewatan untuk hal yang satu ini, saya beritahu diri sendiri. Saya cukup bahagia tanpa ada sebarang kekurangan. 

Setelah mengambil kira pelbagai perkara, keputusan diambil untuk tidak ber'couple' dan akan menerima lamaran yang pertama. Bukan kerana tidak waras atau kecewa atau serik; jauh sekali kerana patah hati. Keputusan ini wajar. Saya berlapang hati dengannya. Biarlah khalayak keliling memandang saya pelik. Biarlah orang lain tidak faham. Untuk itulah excerpt di atas dalam maknanya kepada saya... Saya telah melalui fasa mencari tanpa menemui. Mungkin sudah tiba masanya saya menanti... Ironinya, menanti bukan salah satu kelebihan saya, "I don't like waiting" dan "I don't wait", kata saya suatu masa dahulu. Pendidikan. 

Tidak pernah terbayangkan akan membuat keputusan begitu. Perasaannya, kengeriaannya, debarannya dan misterinya perasaan ini - Allah sahaja yang tahu. He can be a total stranger. He can be a friend I know all my life. He can be someone I recently met. Terharu juga dengan kawan-kawan dan adik saya sendiri yang berusaha menemukan saya dengan calon yang dirasakan sesuai. Terasa disayangi... ^______^ For the time being, let's wait together~ 

Untuk yang memakai kasut yang sama, saya sungguh-sungguh mencadangkan agar kita sama-sama melihat kebaikan aturanNya ini dengan lebih lagi.

Boleh jadi Al-Basit mahu memberi masa tambahan kepada Abah terhadap saya, dan kepada saya untuk menjadi anak kepada Abah. Maklum la, saya ini baru 5 tahun kebelakangan ini sahaja 'kembali' ke pangkuan keluarga.
Boleh jadi adik-adik dan keluarga saya masih perlukan saya mengikut Ilmu Al-Basir.
Boleh jadi kelewatan ini umpaman 'short-sem' Al-Qahhar untuk mendidik saya menjadi isteri yang lebih solehah dan mungkin juga untuk suami saya menyempurnakan agama dan tanggungjawabnya. Jika saya bakal menjadi beban, semoga saya menjadi 'rakan kongsi' kehidupan. (Amiin Ya Rabb!)
Boleh jadi Al-'Azim mahu beri saya peluang di jalan dakwah yang telah lama saya tinggalkan. Mana tahu, ada yang belum saya sampaikan.
Boleh jadi Al-'Aliyy mempersiapkan saya untuk menjadi lebih tabah dan sabar untuk rumahtangga yang saya tidak tahu keadaannya. Saya mendoakan yang terbaik, tapi ujian juga satu rahmat kepada yang sabar. 

Ada berjuta 'boleh jadi' dan dua pilihan: yang bersangka baik kepada Illahi atau yang meracuni diri. 

Berada di usia ini, saya bersyukur kerana Allah meletakkan hati saya dalam keadaan yg merasa cukup walaupun tanpa kehadiran seorang suami dan gelak tawa anak-anak. Saya bersyukur kerana Allah meletakkan hati saya dalam keadaan setenang ini, bahkan tetap tenang menjawab soalan cepu emas dari orang sekeliling dan mudah juga kembali tenang dengan berita gembira kawan-kawan yang lain. Terasanya kasih sayang Allah yang tidak bertepi yang telah menempatkan ketabahan dalam hati untuk melalui tempoh ini. 

Masha Allah.
Alhamdulillah.

Wasslam.

*** Delayed post ***

I was half way writing this entry when the 8.5 earthquake hits Acheh and shook Penang.

Tuesday, April 24, 2012

Sinking Heart

The sinking of a heart is as tragic as the sinking of the Titanic... Only the heart sinks into deeper ocean. What makes thing worse, the heart is heavy from too many emotions.

A writer without a heart should not write.
Until the heart is found~

"My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong..."

Make Me Strong by Sami Yusuf

Tuesday, April 17, 2012

Just Saying 17-April-2012

I am reading 'The Greatest Love' episode synopsis... and smiling, giggling and laughing [as usual] in front of my PC. Suddenly this come into my mind - reading [knowing] about other people's happiness/good fortune [regardless how fake or fictional they are] makes us happy. It makes me happy.

Now, rather than just reading let's find our own happiness! I'm going to start the moment I finish posting this entry.
They say happiness contagious - so let's spread the happiness virus~
Maybe one day our happy story will inspire others to smile, laugh and giggle too ^____________^ v

What I don't have, convinced me more to its existence.
Like love.

Just saying~ xoxo