Posts

Showing posts from November, 2012

Gaza: Peluang ke Syurga

Image
Assalamualaikum, Jumaat pertama tahun ini. Namun hati sayu dan sedih dengan perkhabaran derita di Gaza. Benarlah, serangan ke atas Gaza pada awal Muharram adalah satu penghinaan ke atas umat Islam - Muharram adalah salah satu bulan suci di mana peperangan adalah diharamkan. Perlukah dan dapatkah kata-kata menggambarkan penghinaan dan penganiayaan besar tersebut? Terdetik di hati pada pagi Jumaat yang mulia ini: "Ya, teruskanlah kehinaan kamu itu. Teruskanlah jadikan bumi Gaza itu lorong-lorong dan platform ke syurga. Teruskanlah jadikan bumi Gaza itu tempat bagi hamba yang sabar dan redha dengan ujian Allah. Teruskanlah buka peluang kepada para pejuang Islam untuk menemui Maha Pencipta dalam keadaan syahid." Setiap kali menatap gambar-gambar jenazah dari Gaza, tiada lagi air mata, hanya doa dan redha mereka kembali kepada Allah: "Seorang lagi ahli syurga, InshaAllah." Teruskanlah meramaikan ahli syurga! Di dalam kelemahan, kupanjatk...

Azam 1434H

Image
Assalamualaikum, 29 Zulhijjah 1433H. Hari terakhir untuk tahun ini. Refleksi "Hablumminallah Wa Hablumminannas". Begitu azam aku menjelang 1433H yang lalu. Aku berazam untuk memperbaiki hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Poin penting: kerendahan hati tinggi nilainya, sabar itu mahal harganya dan kembali kepada fitrah sebagai seorang hamba yang bertuhankan Allah Yang Maha Tinggi itulah kuncinya. Tiada lagi jalan lain, melainkan Jalan Yang Satu. Bukan mudah menggabungkan ketiga-tiganya. Terasa dunia terlepas dari genggaman... Tapi itulah poinnya: belajar melepaskan dunia (bukanlah sampai tidak ambil kisah langsung!) dan berikan ruang dalam jiwa dengan kemahuan terhadap akhirat. Yang mendapat akhirat, pasti mendapat dunia. InshaAllah. Soalan "sudah tercapaikah?". Jawapannya, masih memperbaiki hari demi hari. Azam 1434H Pertamanya, perlu dilanjutkan operasi "Hablumminallah Wa Hablumminannas" ke tahun seterusnya. Teras...