Tentang Jodoh
Assalamualaikum, Mari bercerita tentang jodoh. Not exactly my favorite topic , malah topik agak berat untuk diceritakan. Tapi membaca artikel Rahsia Jodoh Saya - Sebuah Cerpen menimbulkan keinginan untuk bercerita. Ingin sangat berkongsi excerpt dari artikel berkenaan: "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu." Menjadi a not-yet-married memang mencabar. Tidak mudah berhadapan dengan soalan cepu emas - bila mahu kahwin , lebih sukar lagi berhadapan dengan yang bertanyakan soalan. Jika kawan-kaw...