Anak

Assalamualaikum, Seronok tengok wanita-wanita mengandung sekelian. Tumpang excited jugak tunggu hari bersalin kawan-kawan. Rasa sejuk hati dan seronok bila kawan-kawan cerita pasal pregnancy ... bertambah-tambah lagi bila tengok gambar babies yang montel dan comel. Orang upload gambar anak, aku pun upload jugak gambar anak... tapi anak orang lain la. Orang sibuk shopping baju anak-anak, aku pun sibuk shopping gak... tapi untuk anak orang lain jugak. Kereta orang lain ada mainan anak-anak, kereta aku pun [bakal] ada mainan anak-anak... tapi untuk anak orang lain lagi... Orang lain beli socks, mittens, baby shoes untuk anak, aku pun sibuk beli jugak... tapi untuk gantung dalam kereta! ^____^ Hehehe~ Nota Kaki: Hasilan gambar terbaik dan yang paling menggembirakan aku bila pegang kamera adalah gambar anak-anak yang pelbagai ekspresi. Boleh jadi penawar hati yang lara. Wassalam.