Posts

Showing posts from March, 2018

Bintang

Kelelahan selepas hari yang panjang Aku merenung langit Gelap dan sunyi Tiada bintangkah? Dari bumi yang kecoh membangun Di langit yang pekat gelap Muncul satu kerlipan Umpama satu lambaian Yang kian mendekat Mengukir senyuman yang berseri-seri Dari satu kerlipan Sebutir bintang yang semakin galak Muncul sebutir lagi Dan sebutir lagi di sana Kemudian sebutir lagi di sini Seolah-olah kudengar mereka ketawa menyapa Memeriahkan langit yang tadinya gelap Seorang gadis yang awalnya Lenguh di merata sendi Tersenyum menemui apa yang dicari Lupa kekalutan kerja seharian Positif untuk esok yang tak terjangkakan 'Aini Aton 14 Mac 2018 Kamu yang macam bintang

Tamak

Ada ketikanya kau mahu ucapkan Kata-kata yang tak mampu Kau ungkapkan Dalam penulisan Apatah lagi lisan Ada ketikanya kau hanya mahu difahami Akan perkara-perkara yang tak mampu Kau ungkapkan Dalam penulisan Apatah lagi lisan Ada ketikanya kau jadi tamak Dengan perasaan yang tak mampu Kau ungkapkan Dalam penulisan Apatah lagi lisan Lalu kau menjadi Seorang lagi manusia Yang mahu itu ini 'Aini 9 Mac 2018